BEAL (kiri) mengaku membunuh teman lelakinya, Billingham. FOTO Agensi
BEAL (kiri) mengaku membunuh teman lelakinya, Billingham. FOTO Agensi
Agensi

London: Seorang guru sekolah rendah mengaku menyembelih teman lelakinya yang curang dan menanamnya di taman, pengakuan ditulis dalam catatan diarinya.

The Sun melaporkan Fiona Beal, 50, mengikat Nicholas Billingham, 42, ke katil kemudian membunuhnya di rumah di Northampton.

Mayat Billingham ditemukan pada Mac 2022, empat bulan selepas dia kali terakhir dilihat masih hidup.

Perbicaraan pertama mendengar bahawa Beal menggunakan telefonnya untuk menghantar mesej kepada kawan-kawan dan rakan sekerjanya selepas pembunuhan itu.

Beal yang juga guru tahun enam sudah menukar pengakuannya kepada bersalah ketika perbicaraan semula di Old Bailey.

Mahkamah diberitahu Beal juga mendakwa dia 'dikawal dan dimanipulasi' oleh Billingham sambil menjelaskan "mengapa dia membunuhnya seperti yang dia lakukan."

Bercakap selepas perbicaraan, Pegawai Penyiasat Kanan Ketua Detektif Inspektor Adam Pendlebury berkata, pihaknya lega Beal kini mengambil keputusan untuk mengakui dia memang membunuh Billingham.

"Berharap ia membawa penyelesaian teka-teki pembunuh sebenar yang bermain di fikiran keluarga si mati selama lebih daripada dua tahun.

"Berita ini akan menjadi sangat melegakan kerana mereka menunggu hukuman dilaksanakan terhadap pembunuh dijangka bulan depan," katanya.

Pada Mac 2022, empat bulan selepas dakwaan pembunuhan polis telah dipanggil ke kabin percutian yang disewa Beal di Cumbria di tengah-tengah kebimbangan terhadap kebajikannya.

Pegawai menemui diari yang mana Beal menggariskan rancangannya di bawah alter egonya 'Tulip 22', yang menunjukkan sisi yang sama sekali berbeza dengan personalitinya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 3:26 PM