Muhammad Najmir Razaman

MEMBERI hadiah sempena musim perayaan pastinya menjadikan masa bersama keluarga lebih bermakna.

Selain dapat memberikan semangat buat mereka setelah mengharungi pelbagai cabaran, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang ada.

Namun begitu, mencari hadiah yang sempurna dan berguna kadangkala agak memeningkan.

Usah bimbang, berikut antara cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang sempena musim perayaan.

  1. Hamper makanan

Hamper makanan adalah antara hadiah yang paling disukai ramai terutama ibu bapa.

Hamper yang dipenuhi pelbagai makanan kegemaran, makanan tambahan bagi menjaga kesihatan mahupun baucar makanan pasti menjadi hadiah terbaik dari seorang anak.

  1. Barangan penjagaan diri

Barangan penjagaan diri seperti set mandian, set penjagaan wajah dan wangian juga antara hadiah yang sesuai diberikan buat yang tersayang.

Ia menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang kesejahteraan serta memikirkan tentang penampilan mereka.

  1. Langganan perkhidmatan

Bagi memberikan kegembiraan berterusan buat yang tersayang, langganan perkhidmatan antara hadiah yang patut dipertimbangkan.

Langganan seperti perkhidmatan penstriman pasti memberikan keselesaan buat yang tersayang sepanjang tahun.

  1. Peranti elektronik

Hadiah terbaik yang mampu memberikan kegembiraan dan kesenangan sempena musim perayaan pastinya peranti elektronik.

Antara jenama peranti elektronik yang boleh dipertimbangkan adalah HUAWEI.

HUAWEI menawarkan pelbagai peranti elektronik yang sesuai dijadikan hadiah bagi memberikan senyuman di wajah yang tersayang sempena musim perayaan.

Peranti seperti tablet, telefon pintar, jam tangan pintar dan komputer riba pasti menambahkan keriangan apabila berkumpul bersama.

Bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba, jenama produk elektronik ini berbesar hati membawakan promosi sehingga 39 peratus serta pelbagai hadiah istimewa apabila membeli produk elektronik daripada HUAWEI.

Bagi mereka yang bekerja, hadiahkan peranti tablet seperti HUAWEI MatePad SE 10.4 inci, HUAWEI MatePad 11.5 inci atau HUAWEI MatePad 11 inci PaperMatte Edition.

Dapatkan juga sarung tablet percuma bernilai RM129 apabila membeli peranti HUAWEI MatePad SE 10.4 inci serta papan kekunci dan HUAWEI M-Pencil bernilai RM998 apabila membeli HUAWEI MatePad 11.5 inci atau HUAWEI MatePad 11 inci PaperMatte Edition.

Bukan itu sahaja, bagi anda yang ingin menjadikan peranti pintar seperti HUAWEI P60 Pro 12+512GB sebagai hadiah, anda turut berpeluang mendapatkan HUAWEI Sound Joy bernilai RM699 secara percuma dan diskaun harga sehingga RM1300.

Dapatkan juga diskaun sehingga RM200 serta HUAWEI Band 7 percuma bernilai RM219 dengan setiap pembelian peranti HUAWEI nova 11 Pro dan HUAWEI nova 11.

Bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif pula, hadiahkan jam tangan pintar HUAWEI Watch GT 4 dengan aksesori HUAWEI EasyFit Fluoroelastomer Strap.

Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan HUAWEI FreeBuds Pro 3, HUAWEI MateBook D 15 ataupun HUAWEI MateBook D 14 sebagai hadiah sempena musim perayaan ini.

Jadikan masa bersama keluarga lebih bermakna dengan promosi hebat HUAWEI hujung tahun ini.

Kunjungi pengedar sah HUAWEI berdekatan untuk mendapatkan produk HUAWEI dengan tawaran terbaik atau kedai rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada

Layari laman web rasmi HUAWEI untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2023 @ 4:33 PM