#TikTokShopRaya2024 menjanjikan kelainan sambutan Hari Raya tahun ini. Foto - TikTok
#TikTokShopRaya2024 menjanjikan kelainan sambutan Hari Raya tahun ini. Foto - TikTok
Syamirul Hakimi Ismail

Kuala Lumpur: Bermula 25 Mac hingga 4 April, TikTok Shop akan menawarkan pengalaman yang luar biasa menerusi aplikasinya.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai diskaun harian dan peluang bersemuka dengan pencipta kandungan di trak bergerak TikTok Shop.

Diskaun harian istimewa

Dengan setiap pembelian di #TikTokShopRaya2024, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai diskaun harian istimewa setiap hari seperti baucar diskaun raya bernilai RM10, penghantaran percuma serta berpeluang menyertai Jualan Kilat Harian, Kempen Kategori dan Hari Jenama Super mereka.

Bukan itu saja, dengan menyertai cabaran #TikTokShopBazarRaya2024 dan merakam video bertemakan hari raya, pengguna berpeluang memenangi gelang emas eksklusif bernilai lebih RM5,000.

Temui Khairul Aming dan Nelysa Norazlan

TikTok Shop dengan bangganya memperkenalkan duta rasmi jenama mereka, Khairul Aming dan Nelysa Norazlan bagi kempen #TikTokShopBazarRaya2024.

Mereka diyakini mampu memberikan pengaruh positif untuk menyemai semangat perpaduan dan perayaan menerusi komuniti TikTok Shop.

Selain itu, kedua-dua selebriti ini juga akan menyertai pelbagai inisiatif di luar talian termasuk mengacarakan sesi-sesi siaran langsung dan memberi peluang kepada orang ramai untuk berhibur serta berinteraksi bersama mereka.

Bagi menyerikan lagi sambutan Syawal tahun ini, TikTok Shop bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya untuk menganjurkan Festival Ramadan Putrajaya terbesar di Malaysia. Acara mega ini turut dihadiri 500 vendor bermula 29 Mac hingga 10 April.

Buat pertama kalinya, TikTok Shop akan membawakan lebih 70 peniaga yang akan menjalankan sesi siaran langsung selama lebih dari 100 jam.

Ia bukan saja untuk mempamerkan kemeriahan festival, malah sebagai salah satu cara anjakan digitalisasi dalam kalangan PKS. Ini sekaligus menggalakkan orang ramai untuk menyokong aneka produk dan jenama tempatan.

Raikan bersama TikTok Shop di lokasi anda

Istimewa lebaran ini, TikTok Shop memperkenalkan trak bergerak TikTok Shop yang bakal membawa semangat perayaan terus ke komuniti menerusi penstriman siaran langsung, sesi bertemu sapa dan banyak lagi.

Seterusnya, TikTok Shop juga berganding bahu dengan Maybank Visa sebagai rakan perbankan rasmi.

Dengan menggunakan Kad Visa Maybank di Trak Bergerak TikTok Shop, pengunjung dapat menikmati diskaun sehingga 10 peratus setiap hari pada jam empat petang.

Pengurus Negara Visa bagi Malaysia, Ng Kong Boon berkata, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan TikTok Shop untuk memeriahkan lagi sambutan Syawal tahun ini, termasuk pengalaman pemegang kad kami dalam urusan pembayaran.

"Kami juga berharap pelanggan yang mengunjungi TikTok Shop akan menikmati tawaran yang disediakan ini sambil menikmati kelajuan, kemudahan, dan sekuriti kaedah pembayaran digital menggunakan kad Visa Maybank," katanya.

Bermula 22 hingga 24 Mac 2024, trak bergerak TikTok Shop akan berada di Pasar Seni dan Ruang Masuk Lot 10, di hadapan H&M pada 29 hingga 31 Mac ini.

Buat pengunjung yang hadir ke mana-mana lokasi terbabit, anda bakal menikmati pelbagai aktiviti interaktif, jualan barangan eksklusif TikTok Shop dan pelbagai kejutan menarik dari jenama tempatan #JOMLokal seperti Zuss Coffee, HausBoom dan Bulan Bintang Fashion.

Seperti yang sedia maklum, Zus Coffee bakal menawarkan Raya Coffizz Bundle yang eksklusif, lengkap dengan sampel minuman istimewa mereka.

Manakala, HausBoom pula akan menyediakan buah-buahan berbotol kegemaran warga Malaysia dan juga akan menawarkan lebih daripada 1,000 minuman keluaran mereka.

Tidak ketinggalan, Bulan Bintang Fashion akan menghadiahkan sepasang baju raya percuma kepada 10 keluarga dalam senarai teratas yang menyertai aktiviti Trak Bergerak TikTok Shop.

Sokong #JOMLokal

Untuk pengetahuan anda, 96 peratus peniaga di TikTok sebenarnya adalah peniaga tempatan.

Oleh itu, sokonglah peniaga tempatan sempena musim perayaan tahun ini dengan menerokai aneka barangan keperluan hari raya di TikTok Shop #JOMLokal.

TikTok Shop juga melancarkan kempen #JOMLokal untuk mempromosikan jenama-jenama tempatan serta memupuk kemahiran keusahawanan digital kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Sumbangan TikTok Shop kepada perniagaan tempatan boleh dilihat menerusi kemajuan luar biasa HausBoom yang bermula sebagai pengeluar jus buah-buahan tempatan dan kini menjadi perniagaan yang berjaya di persada antarabangsa, di mana mereka berjaya mengeluarkan empat juta botol setiap bulan serta menjalankan tiga sesi siaran langsung secara mingguan.

Tidak lupa juga, Bulan Bintang Fashion yang bermula dengan berniaga di pasar-pasar tradisional dan kini sudah mengukir nama di pentas global sekaligus membuktikan bahawa kuasa yang dimiliki oleh TikTok Shop, dibantu oleh sesi siaran langsung yang diadakan setiap hari semasa musim perayaan seperti hari raya.

Selain itu, untuk meningkatkan lagi hasil jualan peniaga tempatan, TikTok Shop menawarkan tawaran eksklusif seperti penstriman siaran langsung tanpa henti selama 144 jam di Kecoh Bazar Lokal Raya.

Acara ini menampilkan beberapa selebriti serta warga pencipta kandungan menerusi kolaborasi bersama Media Prima.

Ketua Perhubungan Strategik TikTok Shop, Nur Azre berkata, matlamat utama TikTok Shop ialah untuk mencetus detik istimewa yang luar biasa, membentuk hubungan menerusi semangat kepelbagaian dan perayaan.

"Bersama rakan-rakan yang kami hargai, kami 100 peratus komited untuk meraikan sambutan hari raya tahun ini dengan penuh gilang gemilang dan bakal diingati semua. Sertai kami bersama kemeriahan TikTok Shop, untuk sebuah sambutan yang mengukuhkan semangat kreativiti, budaya dan komuniti," katanya.

Tujuan utama kempen #TikTokShopBazarRaya2024 ini diadakan ialah untuk menyulam keriangan serta semangat hari raya melalui komuniti TikTok.

Dari kempen #TikTokShopBazarRaya2024 hingga ke duta jenama yang baharu, serta inisiatif trak bergerak, TikTok Shop ingin menjadikan sambutan Syawal tahun ini lebih istimewa untuk semua.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman media sosial rasmi TikTok Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2024 @ 2:50 PM