GAMBAR hiasan. FOTO Hazreen Mohamad
GAMBAR hiasan. FOTO Hazreen Mohamad
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Jumlah kes baharu di negara ini terus menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 2,437 kes Covid-19 dilaporkan semalam, berbanding 3,045 kes kelmarin.

Menerusi laman sesawang Covidnow, jumlah kes baharu itu membabitkan 2,431 kes penularan tempatan dengan enam lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Pertambahan kes berkenaan menjadikan sehingga kini jumlah angka jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,737,984 kes.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 42,203 kes yang masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu sebanyak 96 peratus atau 40,525 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, hospital (1,566 kes) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (31).

Selain itu terdapat sejumlah 81 pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kadar penggunaan wad ICU kini berada di paras 63.8 peratus, bagaimanapun hanya 21.8 peratus digunakan oleh pesakit Covid-19.

Bagi kes kematian akibat jangkitan berkenaan, setakat semalam terdapat lapan kematian dan dua daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah itu menjadikan sehingga kini angka korban akibat Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 36,093 kes dan daripada jumlah yang dinyatakan itu 7,671 kes adalah kematian sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Data turut menunjukkan mengenai pesakit Covid-19 yang sudah sembuh dan sehingga semalam sebanyak 3,658 kes dicatatkan sekali gus menjadikan jumlah kes pulih daripada jangkitan itu adalah 4,659,688 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2022 @ 9:14 AM