REMAJA (kiri) diberkas polis kerana terlibat sebagai ejen aktiviti judi dalam talian. FOTO Norsyazwani Nasri
REMAJA (kiri) diberkas polis kerana terlibat sebagai ejen aktiviti judi dalam talian. FOTO Norsyazwani Nasri
Norsyazwani Nasri


Kuching: Seorang remaja diberkas polis kerana terlibat sebagai ejen judi dalam talian, semalam.

Remaja berusia 17 tahun dari Petra Jaya itu ditahan pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan ketika serbuan di kedai makan kawasan Matang Jaya pada 6.50 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, pihaknya turut merampas telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM250.

"Kita turut merampas sekeping kertas bertulis angka-angka disyaki kata laluanjudi dalam talian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 September 2021 @ 11:44 AM