NELSON San Martin akan memulakan tugas baharunya sebagai Pengarah Teknikal KDA FC musim ini. FOTO IZZALI ISMAIL
NELSON San Martin akan memulakan tugas baharunya sebagai Pengarah Teknikal KDA FC musim ini. FOTO IZZALI ISMAIL
Izzali Ismail


Alor Setar: Kembalinya bekas pemain yang juga legenda Kedah, Nelson San Martin selaku sebagai Pengarah Teknikal KDA FC pada musim ini dianggap tepat pada masanya demi pembangunan skuad Kedah.

Menurut pemerhati sukan Kedah, Zulkarnain Musa, meskipun ia baharu buat bekas jurulatih Langkawi City pada musim 2001 itu, namun pengalamannya sebagai seorang pemain dan juga jurulatih pastinya memberi kelebihan dalam aspek pembangunan pemain muda.

"Saya yakin Nelson memilki resepi terbaik dalam pembangunan bakat muda disebabkan pengalamannya sendiri sebagai pemain yang berjaya.

"Selain namanya sudah dikenali ramai di Kedah dan menjadi contoh kejayaan seperti yang telah dia disumbangkan buat skuad Hijau Kuning era 'Double Treble' satu ketika dahulu.

"Beliau diyakini dapat memberi input berguna untuk menghasilkan pemain bakat baharu bermula dari bawahan hingga mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya sepertimana beliau bermula dan kemudian melebarkan karier ke benua Asia bersama Kedah," katanya.

Zulkarnain juga berkata tugas selaku pengarah tenikal sudah pasti aspek utama adalah mengenalpasti setiap bakat muda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 1:55 PM