GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Siti Haliza Yusop


Kuala Lumpur: Dua kru kapal MV Rapallo, melecur akibat terkena minyak bahan api ketika menjalankan tugas di bilik enjin kapal.

Jabatan Laut Malaysia dalam kenyataan media berkata, kru kapal warga Romania itu sudah dibawa ke Hospital Port Dickson bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kini dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Siasatan awal masih dijalankan bagi mengenalpasti punca insiden. Kapal MV Rapallo ini juga masih berada di Terminal Jimah Energy Ventures (JEV), Port Dickson, bagi tujuan pemunggahan kargo dan akan berlabuh selepas selesai aktiviti pemunggahan dijangka jam 10 pagi, hari ini," katanya.

Menurut kenyataan itu, satu pasukan penyiasat dari Jabatan Laut Wilayah Tengah (Port Dickson dan Pelabuhan Klang) sudah ditubuhkan di bawah Seksyen 334(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

"Segala prosedur terkini bagi mengekang penularan Covid-19 seperti termaktub dalam MSN 15/2020 dan MSN 1/2021 tetap dipatuhi sepanjang proses siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 10:38 AM