Laporan Portal Harian Metro
Laporan Portal Harian Metro
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


Kuala Lumpur: Jabatan Laut Wilayah Tengah menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi insiden kebocoran gas ammonia Kapal MV Hamburg DW yang dalam perjalanan ke Pelabuhan Zhanjiang, China dari Pelabuhan Al Duqum, Oman malam tadi.

Pasukan itu ditubuhkan mengikut Seksyen 334(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO 1952) bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Kapal itu berlabuh di barat daya Pulau Selat Kering bagi tujuan penyaluran bantuan.

"Justeru prosedur terkini bagi mengekang penularan Covid-19 seperti tertakluk dalam MSN 15/2020 dan MSN 1/2021 tetap dipatuhi sepanjang proses bantuan dan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jabatan Laut turut meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat kurang tepat susulan kejadian.

Katanya, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 adalah keutamaan agensi itu.

Dalam kejadian tengah malam tadi, seorang kru meninggal dunia manakala tiga lagi cedera akibat kebocoran gas ammonia kapal dagang itu.

Berita berkaitan

Gas ammonia bocor, kru kapal maut

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 April 2021 @ 4:11 PM