Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri mengenal pasti beberapa kawasan hutan simpan dan tanah miliknya yang diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya mengesan ada hasil hutan seperti balak dan kayu gaharu yang diambil tanpa lesen sah.

"Kita (sudah) mengenal pasti tempat diceroboh, cuma operasi daripada pelbagai agensi dan kadangkala berlaku kebocoran maklumat (operasi) kepada penceroboh ini.

"(Jadi) kita akan mengadakan satu operasi khusus, cuma belum tahu bila dan bagaimana kerana kita nak mengelak daripada kebocoran maklumat lagi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kampung Budaya Terengganu di Muzium Negeri di sini hari ini.

DATUK Seri Dr. Ahmad Samsuri (dua kiri) melihat cara pembuatan bubu tradisional pada majlis Pelancaran Kampung Budaya Terengganu (KBT) di Perkarangan Kompleks Lembaga Muzium Negeri Terengganu. FOTO Ghazali Kori

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman dan Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Ab Rasid Jusoh.

Ditanya lokasi pencerobohan, Dr Ahmad Samsuri berkata, enggan mengumumkan kawasan itu kerana tidak mahu penceroboh beralih ke lokasi lain.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius kegiatan pencerobohan hutan simpan dan tanah, malah sudah meminta Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan agensi lain bagi meningkatkan lagi pemantauan, khususnya di kawasan panas.

DATUK Seri Dr. Ahmad Samsuri (dua kiri) melihat cara pembuatan bubu tradisional pada majlis Pelancaran Kampung Budaya Terengganu (KBT) di Perkarangan Kompleks Lembaga Muzium Negeri Terengganu. FOTO Ghazali Kori
DATUK Seri Dr. Ahmad Samsuri (dua kiri) melihat cara pembuatan bubu tradisional pada majlis Pelancaran Kampung Budaya Terengganu (KBT) di Perkarangan Kompleks Lembaga Muzium Negeri Terengganu. FOTO Ghazali Kori

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2020 @ 4:49 PM