PETUGAS barisan hadapan KKM mula melakukan peneriksaan di Flat Malayan Mansion yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). FOTO Aswadi Alias
PETUGAS barisan hadapan KKM mula melakukan peneriksaan di Flat Malayan Mansion yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). FOTO Aswadi Alias
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Penghuni flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion mula disaring kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dua kediaman berkenaan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tinjauan Harian Metro mendapati, penghuni kediaman lapan tingkat itu mula turun disaring secara berperingkat di khemah terletak di bawah kediaman berkenaan.

Kedua-dua blok terbabit turut menempatkan premis perniagaan di bahagian bawah iaitu Malayan Mansion dan Selangor Mansion.

Bangunan berkenaan terletak dalam jarak lingkungan 500 meter dari lokasi Plaza City One yang lebih awal dikenakan PKPD bermula 31 Mac lalu.

Kakitangan KKM turut memanggil nama penghuni untuk disaring sebelum sampel berkenaan dihantar ke makmal.

Difahamkan, majoriti penghuni flat terbabit terdiri warga India, Bangladesh dan Pakistan.

Ketika ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memperketatkan kawalan di kawasan berkenaan.

Penghuni di kedua-dua blok kediaman berkenaan yang sudah dimaklumkan lebih awal mengenai PKPD yang bakal dilaksanakan, sebahagian besar adalah pekerja asing dalam pelbagai sektor di premis perniagaan berhampiran terutama di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Berdasarkan pengumuman oleh Ismail Sabri, terdapat 15 individu di lokasi berkenaan dikesan positif Covid-19 setakat ini.

Berita berkaitan:

  • Sesak pekerja asing punca PKPD
  • PKPD dilaksanakan di Selangor Mansion, bangunan Malayan Mansion
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2020 @ 5:42 PM