KELIHATAN dua orang penghuni menaiki ambulans pada tinjauan Flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion pada PKPD berikutan penemuan kes COVID-19 di bangunan berkenaan. FOTO Aswadi Alias
KELIHATAN dua orang penghuni menaiki ambulans pada tinjauan Flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion pada PKPD berikutan penemuan kes COVID-19 di bangunan berkenaan. FOTO Aswadi Alias
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


DUA penghuni Selangor Mansion dibawa menaiki ambulans selepas dipercayai positif Covid-19.

Ambulans dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Setapak itu tiba pada 11.30 pagi untuk mengambil dua penghuni berkenaan.

Turut kelihatan tiga hingga empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lengkap dengan peralatan pelindung diri (PPE) dalam ambulans berkenaan.

Pemerhatian wartawan mendapati, dua petugas turut melakukan proses nyahkuman dan sanitasi di kawasan yang dilalui dua individu berkenaan selepas mereka menaiki ambulans.

Ambulans dilihat meninggalkan kawasan perumahan itu pada 11.40 pagi namun lokasi atau hospital mana dua penghuni berkenaan dibawa tidak dapat dipastikan.

Tinjauan juga mendapati, suasana sekitar dua bangunan berkenaan terkawal dan ujian saringan terhadap penghuni kedua-dua bangunan masih dijalankan.

Semalam, seramai 32 warga asing dari flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion dibawa menaiki bas selepas dipercayai positif Covid-19.

Mereka dilihat dipindahkan dari rumah masing-masing bermula jam 12.50 tengahari menaiki bas.

Bas dinaiki semua warga asing berkenaan dilihat keluar dari bangunan itu pada jam 3 petang.

Selasa lalu, Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua bangunan berkenaan.

Arahan PKPD itu dilakukan berikutan terdapat 15 kes positif jangkitan Covid-19 di kedua-dua bangunan itu.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2020 @ 12:48 PM