DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada anggota-anggota polis yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya di dalam bandaraya Johor Bahru. FOTO Facebook Royal Press Office

Mohamed Farid Noh

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada anggota polis yang terbabit dalam penugasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bandar raya ini.

Menerusi muat naik di akaun rasmi Facebook baginda, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di Istana Pasir Pelangi, pagi ini, yang kemudiannya akan diagihkan kepada anggota bertugas.

“Bantuan makanan ini kepada anggota polis yang terbabit dalam penugasan sekatan jalan raya di bandar raya Johor Bahru.

“Mereka bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Disebabkan mereka terbabit dalam penugasan sekatan jalan raya, bantuan makanan ini boleh disampaikan kepada keluarga masing-masing,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sebelum ini berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada petugas perubatan di Hospital Permai.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 1:13 PM