Suliati Asri


URUSAN kerja dan perniagaan pastinya lebih berkembang maju dengan penggunaan teknologi terbaru dan kecekapan operasi yang lebih besar.

Justeru, dengan Pakej Kombinasi Gaya-Kerja Pintar HUAWEI, ia membantu pengguna untuk terus mengoptimumkan kerja serta perniagaan dan terus berhubung dengan peranti pintar.

Produk hebat yang boleh dimiliki menerusi pakej menarik HUAWEI ini juga akan memberi manfaat bukan saja kepada diri anda sendiri tetapi untuk pekerjaan dan perniagaan.


Kerja juga pastinya akan lebih produktif dengan HUAWEI Mate30 yang boleh disambungkan terus dengan Matebook 13 dan tidak akan terlepas sebarang panggilan masuk dengan HUAWEI x Gentle Monster yang menakjubkan, FreeBuds 3 dan Watch GT 2 dengan plan ansuran 12 bulan daripada hanya RM 25.69 sehari!

Perhubungan lancar On-The-Go

Siri HUAWEI Mate 30 adalah peranti yang menghubungkan anda dengan dunia tanpa gangguan, sementara anda meneruskan perjalanan.

Siri Mate 30


Memiliki telefon pintar yang benar-benar ‘pintar’ dan menakjubkan pastinya idaman setiap pencinta gajet. Siri Mate 30 HUAWEI adalah salah satu gajet yang hebat itu.

Mate30 Pro adalah telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai kamera 40MP Cine.

Selain itu, ia mampu menyelaraskan bunyi secara semula jadi, mengambil gambar swafoto atau menikmati kawalan permainan empat jari dengan sisi sentuhan interaksi yang inovatif.

Ia juga nyata memberikan pengguna lebih peribadi dengan Mod AI Private View serta kawalan AI Gesture yang interaktif.


Dengan adanya Al Auto-Rotate pula, pengguna tidak perlu lagi menutup ciri putaran auto semasa memegang telefon dalam apa juga posisi.

Mengecas bateri peranti pintar ini juga sesuatu yang cukup mengujakan kerana menggunakan pengecas tanpa wayar 27W pertama di dunia.

Siri MateBook 13


Penggunaan komputer riba sememangnya sangat praktikal terutama bagi pengguna yang sering melakukan tugasan pejabat dan urusan perniagaan tidak kira masa dan tempat.

Justeru, pemilihan komputer riba yang pintar dan memudahkan segala urusan serta ringan untuk di bawah ke mana-mana adalah satu keutamaan.

Dengan Siri MateBook 13, ia berkeupayaan untuk menyegerakkan dan menjadikan kerja lebih mudah dipindahkan dari telefon pintar HUAWEI ke komputer riba HUAWEI dengan hanya satu sentuhan mudah.

Ia juga lebih user interface (UI) pada semua peranti HUAWEI menjadikannya mudah untuk mengemudi dan mengawalnya.

MateBook 13 ini juga dapat mengalih perhatian anda ke satu tempat paling penting kepada anda mengikut mana-mana peranti yang mahu gunakan.

Anda juga hanya perlu memberi fokus kepada skrin besar pada komputer riba dan menyemak aplikasi mudah alih di komputer dengan kerjasama multi-skrin.

Dari kerja ke riadah, anda boleh melakukan lebih banyak perkara dengan Siri Mate 30 dan pelbagai peranti pintar HUAWEI yang lain.

Watch GT 2


Tiada lagi masalah terlepas maklumat atau mesej penting dengan HUAWEI Watch GT 2 yang disambungkan terus dengan Mate 30 anda.

Watch GT 2 ini membolehkan pengguna memantau kesihatan dan mengetahui kadar degupan jantung dengan mudah serta melihat laporan penuh pada telefon pintar Mate untuk menguruskan kesihatan dengan lebih baik.

Pengguna juga boleh membuat dan menjawab panggilan telefon tanpa membawa telefon pintar saat keluar bersenam.

Memainkan muzik kegemaran di pergelangan tangan pada bila-bila masa juga boleh dilakukan dengan jam pintar Watch GT 2 ini.

Freebuds


Dilengkapi dengan teknologi pengurangan bunyi pintar yang unik, Freebuds 3 membolehkan anda menikmati muzik kegemaran.

Dengan Freebuds 3 ini juga, anda dapat merasai sendiri pengalaman bunyi muzik dan panggilan telefon yang lebih jelas.

Reka bentuk ringkas dan bahagian telinga yang selesa membolehkan ia dipakai berjam-jam lamanya.

HUAWEI FreeBuds3 dicipta berdasarkan algoritma pemilihan saluran Bluetooth generasi baru yang secara dinamik mengenal pasti kumpulan yang tertakluk kepada gangguan WiFi dan dengan cepat dapat menyesuaikan diri dengan pembatalan bunyi sekali gus membolehkan anda merasai pengalaman audio yang lancar.

Semua ini dimungkinkan dengan Siri Mate 30 baru untuk melengkapkan gaya hidup harian anda. Buatlah yang terbaik daripada Mate anda dan sambungkan lancar dengan peranti pintar HUAWEI masa depan untuk pengalaman sebenar ekosistem HUAWEI.


Produk Smart Life HUAWEI sesuai untuk semua gaya hidup dan keperluan yang berbeza. Tawaran pakej boleh dibeli secara berasingan.

Dengan pelan ansuran HUAWEI, ia memudahkan rakyat Malaysia memiliki produk HUAWEI. Untuk pembelian layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 3:51 PM