HUAWEI

Kuala Lumpur: Tak kira apa keperluan anda berhubung teknologi komunikasi, besar kemungkinan HUAWEI ada penyelesaiannya.

Ini termasuk fon telinga yang boleh melaraskan audio dengan sendiri selepas mengecam kekuatan bunyi di persekitaran.

Dikenali sebagai HUAWEI FreeBuds 3, peranti ini memberikan penyelarasan audio yang seimbang dan baik pada kedua-dua telinga anda.

Ciri paling menarik pada HUAWEI FreeBuds 3 adalah sokongan untuk pembatalan bunyi aktif bagi menghilangkan bunyi latar dan pada masa yang sama meningkatkan output suara ketika panggilan mahupun mendengar muzik.

HUAWEI FreeBuds 3 turut mempunyai kesan stereo baik, kualiti bunyi yang jelas dan latensi ultra rendah.

Kualiti bunyinya juga sangat tulen kerana HUAWEI Freebuds 3 mempunyai 14 milimeter (mm) besar 'dynamic coil'sama ada 'treble' atau 'bass', ia amat mudah dikawal dan selesa digunakan di mana-mana saja.

Kelebihan ini sekaligus turut memberi anda kebebasan untuk menikmati muzik pada setiap masa!

Kurang bunyi bising, aman dan selesa

Terdapat banyak fon kepala yang membatalkan hingar aktif di pasaran, begitu juga dengan Bluetooth tanpa wayar.

Walau bagaimanapun, HUAWEI FreeBuds 3 adalah yang pertama dapat menggabungkan dua perkara ini dengan berkesan.

Dari segi reka bentuk, HUAWEI Freebuds 3 menggunakan reka bentuk seperti kepala ikan lumba-lumba untuk memudahkan pemakai meletakkannya dengan lebih dekat ke dalam cuping telinga.

Secara amnya, prinsip pengurangan hingar adalah menghantar gelombang bunyi terbalik kepada bunyi yang bising untuk membatalkannya.

Selain itu, HUAWEI FreeBuds 3 dan telefon pintar siri HUAWEI Mate30 boleh berhubung dalam tempoh hanya sesaat.

Ketika mendengar muzik mahupun membuat panggilan dalam perjalanan ke tempat kerja mahupun kolej dengan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) atau Transit Aliran Massa (MRT), anda pasti dapat merasakan bahawa bunyi sekeliling dikurangkan sehingga separuh apabila mengaktifkan fungsi pengurangan hingar pada HUAWEI FreeBuds 3.

Caranya, anda hanya perlu tingkatkan volum sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus untuk pelbagai lagu yang pada asalnya memerlukan volum tinggi bagi mendengar dengan jelas.

Selain itu, dengan pengaktifan fungsi itu juga mampu mengurangkan bunyi brek yang agak bingit apabila kereta api hendak berhenti mendadak.

Bukan itu saja, ketika membuat panggilan, prestasi HUAWEI FreeBuds 3 juga sangat menakjubkan kerana anda dapat mendengar dengan jelas walaupun ketika berada dalam hiruk pikuk orang ramai atau ketika berada di laluan bawah tanah MRT.

Semua ini kerana HUAWEI FreeBuds 3 yang dilengkapi dengan ‘bone voiceprint noise reduction’ dan reka bentuk ‘wind-drying catheter’ mampu memproses segala bunyi bagi menangani masalah anda secara tiba-tiba.

HUAWEI FreeBuds 3 juga disediakan dengan sembilan parameter berbeza untuk pengguna menyesuaikan mengikut struktur telinga dan cara pemakaiannya.

Misalannya, jika anda berkerja di kedai kopi, anda boleh menyesuaikan parameter HUAWEI FreeBuds 3 untuk mendapatkan kesan pengurangan hingar yang lebih baik.

Cara untuk menggunakan HUAWEI FreeBuds 3 ketika menjawab atau membatalkan panggilan telefon juga amat mudah.

Apabila anda membuat panggilan, tekan dua kali padanya untuk menghubungkan anda dengan telefon manakala ketika anda sedang berbual, tekan dua kali juga pada peranti itu untuk memutuskan panggilan.

Untuk mengawal muzik, tekan dua kali pada bahagian kanan untuk memainkan atau menukar lagu dan tekan kiri untuk hidup dan matikan fungsi kawalan hingar aktif.

Muzik akan terhenti apabila peranti ditanggalkan manakala memainkan lagu kembali apabila ia diguna semula.

Dikuasakan dengan cip Kirin A1

Latensi dan penggunaan kuasa HUAWEI FreeBuds 3 rendah tetapi mempunyai kestabilan yang tinggi. HUAWEI FreeBuds 3 dilengkapkan dengan cip Kirin A1 yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI serta digabungkan dengan dua saluran unik supaya pengguna tidak merasa kelewatan bunyi apabila menggunakannya.

Bagi pengguna yang gemar bermain permainan video di telefon pintar, saluran stereo dan kesan bunyi HUAWEI FreeBuds 3 sangat menakjubkan kerana ia memberikan pengalaman bunyi seakan anda berada di suasana perang sebenar atau sebagainya.

Dari segi menonton video, HUAWEI FreeBuds 3 mempunyai latensi rendah supaya tiada masalah audio dan bunyi yang tidak selari.

Ia turut dilengkapkan dengan AAC Coding bagi kesan stabil seimbang dan penggunaan kuasa sambungan set kepala TWS supaya anda seakan dapat merasakan kelewatan bukan induktif.

Oleh itu, untuk mendapatkan hasil yang terbaik, pastikan anda menggunakan HUAWEI FreeBuds 3 dengan peranti HUAWEI saja.

Kualiti bunyi tulen dan hayat bateri tahan lama

Ketahanan bateri antara perkara yang turut memainkan peranan dalam setiap peranti dan dengan adanya cip Kirin A1, tahap penggunaan kuasa pada HUAWEI FreeBuds 3 adalah rendah di mana ia boleh digunakan selama empat jam untuk mendengar lagu.

Dilengkapi dengan ruangan mengecas, jangka hayat bateri akan terus bertahan dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama kerana ia bukan saja menyokong 'line charging', tetapi juga menyokong pengecasan tanpa wayar.

Contohnya ketika kecemasan, anda boleh menggunakan HUAWEI Mate30 untuk mengecas HUAWEI FreeBuds 3 melalui 'reverse charging wireless'.

Sementara itu, dengan siri HUAWEI Mate30 Kirin 990 pula, ia dapat memberikan anda pengalaman Smart Life yang lebih baik.

Teknologi inovatif dan futuristik termasuk AI Gesture Control, AI Screen Rotation dan AI Information Protection adalah sebahagian keunikan siri ini.

HUAWEI FreeBuds 3 juga boleh menggunakan kabel biasa atau pengecasan tanpa wayar, malah serasi dengan Mate30 kerana ia menyokong 'reverse wireless charging' iaitu dengan hanya meletakkan FreeBuds 3 di belakang Mate30, anda boleh mengecas secara terus.

Tambah menarik, HUAWEI turut melancarkan penyimpanan awan 50GB secara percuma selama tiga bulan untuk semua siri HUAWEI Mate30.

Pengguna siri HUAWEI Mate 30 boleh menuntut tawaran dengan hanya log masuk dengan ID HUAWEI anda pada tetapan peranti dan ia harus di konfigurasi tetapan Malaysia.

CARA TUNTUTAN

1. Masuk dengan ID Malaysia HUAWEI anda

2. Tetapan> Akaun> Cloud> Tingkatkan Storan Cloud> Tuntutan 50 GB (sah selama tiga bulan sahaja).

Sementara itu, siri HUAWEI Mate30 terbaru memberikan banyak kejutan terutama dari segi reka bentuk, prestasi, fotografi dan interaksi. Menariknya, telefon pintar itu juga dilengkapi dengan cip unggul Kirin 990, dwi kamera 40 megapiksel, kamera Leica super-sensing, fotografi ultra-tinggi 7680-bingkai, 4K super sudut lebar, kawalan isyarat AI dan banyak lagi ciri-ciri menarik sekali gus menjadikan Siri HUAWEI Mate30 sebagai sorotan yang menunjukkan teknologi canggih masa depan.

Selain itu, telefon pintar siri HUAWEI Mate30 turut boleh berhubung dengan HUAWEI FreeBuds 3 dan dalam tempoh hanya sesaat.

Tak percaya? Saksikan rakaman video di bawah untuk pengalaman luar biasa.



HUAWEI Freebuds 3 dan siri HUAWEI Mate30 kini boleh didapati di seluruh negara dan untuk membeli HUAWEI FreeBuds 3 yang berharga RM679, lawati HUAWEI Online Store.

Ternyata, kehidupan lebih mudah dengan HUAWEI kerana ia bukan saja bukan saja membolehkan pengguna mendengar muzik malah memantau kesihatan sambil menikmati segala-galanya menerusi produk HUAWEI Smart Life yang membina kehidupan pintar untuk anda!


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI Smart Life, lawati Facebook HUAWEI.

Jadi, apa tunggu lagi? Miliki HUAWEI Freebuds 3 dan siri HUAWEI Mate30 anda sekarang serta kunjungi HUAWEI Online Store pada 4 November 2019 untuk merasai sendiri pengalaman menggunakannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 10:06 PM