SELEPAS penat bekerja, berpeluang meluangkan masa bersama yang tersayang dengan pergi bercuti ke destinasi pilihan pasti menyeronokkan.

Namun, dek tuntutan tugas kadang-kadang kita perlu 'mencuri' sedikit masa dalam percutian itu untuk melakukan kerja pejabat seperti membalas emel dan sebagainya.

Tetapi jangan risau, kerana terdapat beberapa tip yang akan memudahkan anda melakukan kerja ketika sedang bercuti tanpa perlu berasa tertekan sebaliknya masih boleh bersantai di tepian laut sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

Bagaimana caranya? Sudah pasti dengan menggunakan peranti pintar terkini yang menjadi pilihan ramai daripada HUAWEI iaitu HUAWEI Mate30 Pro yang mempunyai keupayaan kolaborasi dengan pelbagai skrin seperti Kaca Mata HUAWEI X Gentle Monster, MateBook 13, Freebuds 3 dan HUAWEI Watch GT 2.

Tip 1: Berseronok di bawah cahaya matahari


Bayangkan, ketika berjemur dan berehat di tepi laut, anda boleh membaca buku atau melihat akaun media sosial.

Sampai waktu, jika itu agak membosankan apa kata meneruskan permainan mudah alih di telefon pintar.

Dalam situasi ini, ia membantu untuk mempunyai telefon pintar dengan kuasa berprestasi tinggi dan kapasiti storan serta baterinya yang unggul untuk 'boot'.

Tidak lain tidak bukan ciri-ciri itu ada pada HUAWEI Mate30 Pro!

Telefon pintar terbaik dihasilkan Huawei setakat ini memiliki ciri-ciri menarik termasuk Ultra Slow-mo pada kameranya, AI Gesture, storan hebat 256GB dan kapasiti bateri besar 4500 mAh.

Menerusi ciri Ultra Slow-mo HUAWEI Mate30 Pro, ia nyata tidak mengecewakan di mana aksi gerak pelahan yang lebih fokus, gerakan pantas dapat dirakam secara automatik serta menghasilkan7680 fps ultra perlahan.

Selain itu, ia membolehkan pengguna memindahkan fail daripada peranti itu ke komputer riba dengan mudah dan cepat.

Malah, proses pemindahan siri HUAWEI Mate30 juga memberi pengalaman lebih bagus dengan teknologi 'One Tap to Share'.

Skrinnya juga boleh dikongsi serentak daripada telefon pintar ke MateBook 13.

Tambahan lain ialah Q2 Pro menjadikan setiap saat anda lalui begitu lancar tanpa sebarang sekatan dan membolehkan pengguna sentiasa berhubung tidak kira di mana saja selain mempunyai sambungan Internet juga.

Tip 2: 'Mengintai' dengan mata anda

Risau ketinggalan sesuatu yang menyeronokkan bersama rakan baik lain ketika bercuti?

Jangan khuatir kerana kini anda boleh berhubung dengan mereka bukan sahaja melalui panggilan telefon tetapi kaca mata pintar.

Percayalah, ia benar-benar boleh dilakukan dengan adanya kolaborasi HUAWEI bersama jenama kaca mata terkemuka dari Korea Selatan, Gentle Monster yang baru dilancarkan baru-baru ini.

Apa yang membuatkan ia berbeza dengan kaca mata hitam lain adalah ia dilengkapi beberapa komponen seperti bateri, antena, set cip, pembesar suara dan mikrofon yang kesemuanya ditanam di dalam tangkai kaca mata.

Tangkai ini juga memiliki 'port' untuk mengecas malah ia turut didatangkan dengan bekas khas yang boleh mengecas kaca mata itu tanpa wayar apabila tidak digunakan.

Ia turut boleh digunakan untuk mendengar muzik dan menjawab panggilan melalui sentuhan jari pada hujung tangkai.

Selain mampu menjadi pelindung mata anda daripada sinar matahari yang memancar terik ia juga sangat bergaya terutama bagi wanita yang mementingkan fesyen walaupun sedang bercuti.

Tip 3: Gerakkan badan anda


Walaupun permainan video mudah alih di telefon pintar mengasyikkan, anda turut dinasihatkan untuk merehatkan mata daripada terus menatap peranti itu.

Alang-alang sudah bercuti di tepian pantai, lakukanlah aktiviti riadah lain termasuk bersenam dengan berlari sambil ditemani bunyi deruan air laut untuk menghilangkan kalori.

Teruskan bergaya dengan memakai kaca mata HUAWEI X Gentle Monster ketika berlari dan pada masa sama anda boleh mengawasi kadar denyutan jantung untuk memiliki latihan yang selamat serta berkesan menerusi jam tangan pintar HUAWEI Watch GT 2.

Peranti jam pintar Watch GT 2 dilengkapi dengan pemproses Kirin dengan cip Kecerdasan Buatan (AI) yang menawarkan pelbagai ciri khusus.

Ia membabitkan 15 mod sukan, 10 mod latihan khas untuk individu aktif dalam merekodkan data harian mereka ketika melakukan aktiviti riadah.

Ini termasuk ia boleh digunakan ketika berenang kerana mempunyai video mod berenang yang akan merekodkan keseluruhan catatan renangan.

Ini termasuk masa dan jumlah pusingan renangan, kadar denyutan jantung, jumlah kalori dibakar dan sebagainya.

Ikuti langkah-langkah mengaktifkan mod itu menerusi pautan di bawah

Tip 4: Menari tanpa mengendahkan orang lain


Ketika berlari dan berehat sambil mendengar muzik mahupun menonton video kegemaran juga pasti menambah keterujaan.

Menerusi fon telinga tanpa wayar HUAWEI FreeBuds, semua itu boleh dilakukan apatah lagi ia turut didatangkan sekali dengan kotak simpanan yang boleh digunakan untuk tujuan mengecas.

Aksesori audio ini menyampaikan sambungan Bluetooth yang stabil dan cepat. Latensi audio yang dikurangkan ini mampu dicapai dengan adanya mod penghantaran segerak dwi-utama yang berupaya mewujudkan penghantaran lancar dari telefon ke fon telinga.

Dengan semua dinyatakan di atas, nikmati kehidupan ini. Sebagaimana kita menjalani menjalani hari-hari normal, percutian juga boleh dijalani sebaiknya.

Terima kasih kepada keindahan ekosistem HUAWEI yang terdapat pada semua peranti pintarnya, memiliki percutian mengagumkan menjadi sangat mudah.

Justeru, tunggu apa lagi? Gaya hidup pintar kini bermula di dalam diri anda dan HUAWEI.



Untuk maklumat lanjut berhubung HUAWEI Mate30 Pro, HUAWEI X Gentle Monster, HUAWEI Watch GT2 dan HUAWEI FreeBuds 3, lawati HUAWEI Online Store dan layari sini untuk tawaran menarik produk pintar daripada HUAWEI ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 November 2019 @ 9:03 PM