DENGAN kejayaan dua kempen pra-pesanan HUAWEI yang pertama, Celcom, Digi dan Maxis mengulanginya dengan tawaran pakej hebat yang menakjubkan bagi setiap pembelian siri HUAWEI Mate30.

Digi menawarkan hadiah bernilai RM289 termasuk pengecas kereta SuperCharge Wireless dan selosong PU.

Sementara itu, Celcom dan Maxis pula menawarkan program beli 1 percuma 1 di mana bagi pelanggan Maxis, beli Mate30 percuma Mate30 atau Mate30 Pro percuma Mate30 Pro manakala untuk Celcom beli Mate30 percuma P30.


Untuk maklumat lanjut mengenai pelan yang ditawarkan, layari laman web Celcom, Digi dan Maxis.

Kenapa tiga syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia ini menawarkan pakej yang sebegitu hebat? Ia disebabkan oleh sambutan hebat dua pakej pra-pesanan di Malaysia.

Dengan itu tiga syarikat telekomunikasi ini berasa ia berbaloi untuk menawarkan pakej hebat ini.

Beberapa perkara penting yang ada pada Mate30 Pro:

1. Kawalan Isyarat Interaktif AI

Kamera 3D Depth Sensing dan Gesture Sensor atau kawalan gerak isyarat digabungkan bersama untuk mengenalpasti ciri wajah dan mengesan pergerakan tangan anda.

Dengan adanya informasi real-time yang diterima dari Tiny_Core NPU, banyak arahan seperti membuka, berubah slide dan tangkapan skrin boleh dijalankan dengan pantas hanya memandang skrin atau menyapu tangan dengan mudah.

Skrin Ultra melengkung memberi pengalaman tontonan yang luar biasa dengan sentuhan interaksi moden, di mana menggantikan butang fizikal untuk reka bentuk yang moden.

Sekarang, anda boleh mengawal bunyi dengan mudah, menangkap swafoto atau menikmati kawalan permainan menggunakan empat jari dengan adanya interaksi inovasi sentuhan sisi.

2. Putaran AI Auto


HUAWEI Mate30 Pro memperkenalkan AI Auto-Rotate, di mana memberi kelebihan kamera depan 3D untuk menganalisa orientasi mata anda untuk mengunci putaran skrin, bukan hanya bergantung dengan gyroscope seperti yang terdapat di kebanyakan peranti.

Dengan adanya AI Auto-Rotate ini anda tidak perlu menutup ciri putaran auto semasa memegang telefon atau baring di sofa atau katil.

3. Memperkenalkan Kamera SuperSensing Cine


Antara ciri pintar Mate30 Pro adalah ciri kamera yang terbaik, sesuai untuk fotografi dan videografi.

Kamera 40MP SuperSensing Cine boleh menghasilkan gambaran yang tajam, membolehkan pengguna menangkap visual yang memukau, baik dari sudut gambar atau video dalam apa juga keadaan.

Mate30 Pro adalah telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai kamera 40MP Cine yang khas.

Bukan itu saja, kamera Cine juga mampu menyokong 4K 60fps resolusi video bersama 51200 ISO, 4K HDR+ Time-lapse, efek video bokeh pada masa sebenar dan terbaru, mod video pergerakan perlahan lebih dari 7680 fps di mana kadar frame tertinggi telefon pintar di dunia.

Justeru, Mate30 Pro boleh menangkap 720p pada kadar selaju 7680fps, 1080p pada 960fps dan 4K pada 60fps.

4. Kerjasama pelbagai skrin


EMUI 10 yang terkini, dengan hanya sentuhan mudah, telefon pintar dan komputer riba anda akan bergabung menjadi satu peranti yang hebat tanpa menggunakan sebarang internet.

Skrin telefon anda akan terpampar di komputer riba dan ini membolehkan anda untuk memuat naik fail di antara peranti terbabit.

Anda juga boleh mengedit fail tersebut menggunakan komputer riba dan dalam pada masa yang sama bertukar mesej bersama rakan melalui telefon dengan menggunakan papan kekunci dan tetikus yang sama.

Ciri-ciri kolaborasi peranti ini membolehkan hidup dan kerja anda lebih senang.

5. Pengecas tanpa wayar pertama 27W pertama di dunia


Diwarisi dari DNA kuat Mate, bateri peranti ini di naik taraf kepada 4500mAh (nilai biasa), di mana dengan mudah menyokong keperluan anda seharian.

Manfaat dari Chipset kecekapan kuasa yang lebih baik dan sistem pengurusan kuasa pintar untuk memberi kuasa kepada anda lebih lama.

Untuk masa ini, Mate30 Pro berjaya menambah baik pengecas tanpa wayar kepada 27W, di mana ia adalah kelajuan tertingg iaitu 3 kali ganda dari generasi terdahulu.

6. Tawaran hadiah percuma yang menarik


Ramai pengguna memberi sokongan kepada HUAWEI dengan membeli siri Mate30 melalui tawaran pra-pesanan.

Siri Mate30 juga menarik perhatian ramai pelanggan dengan harga yang berpatutan dan tawaran hadiah percuma bagi setiap pembelian seperti OSMO Mobile 3, SuperCharge Wireless Car Charger dan selongsong PU.

Kini, dengan setiap pembelian, pengguna boleh mendapatkan SuperCharge Wireless Car Charger dan HUAWEI Care Service termasuk 1 tahun waranti serta insuran Screen Crack Protection selama sebulan secara percuma.

7. Peningkatan aplikasi di HUAWEI AppGallery


Ramai pengguna risau berkenaan isu perisian terutamanya Google Mobile Services atau GMS.

Walaupun, siri Mate30 dilengkap dengan HUAWEI Mobile Services atau HMS dan ini akan menghadkan pengguna untuk memuat turun aplikasi tertentu GMS.

Akan tetapi, terdapat pelbagai video viral online menunjukkan cara untuk mengatasi masalah ini.

Sementara itu, HUAWEI juga meningkatkan pembangunan produk aplikasi untuk HUAWEI AppGallery.

Jumlah aktiviti harian meningkat kepada 1.5 juta di HUAWEI AppGallery dan 27 aplikasi yang biasa digunakan berjaya dilancarkan secara rasmi dalam satu bulan merangkumi semua aspek dalam kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan dan lain-lain.

Selain itu, aplikasi perbankan seperti Maybank dan Hong Leong Bank juga boleh dimuat turun di HUAWEI AppGallery.

Dari September hingga Oktober lalu, 200,000 pengguna berdaftar melalui HUAWEI App Gallery.

Selain itu, dari Januari hingga Oktober tahun ini juga, jumlah muat turun dari HUAWEI AppGallery turut mencapai 100 juta di Malaysia.

8. Tambahan 50GB storan Cloud untuk pengguna HUAWEI Mate30

Baru-baru ini, HUAWEI melancarkan 50GB storan Cloud dan banyak lagi aktiviti menarik untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan. Pengguna juga ditawarkan selama 3 bulan 50GB Storan Cloud.

9. Tawaran perkhidmatan selepas jualan yang hebat

Tahun ini, pihak HUAWEI menawarkan perkhidmatan selepas jualan atas talian, iaitu WhatsApp hotline dan Official Hotline untuk kumpulan pertama yang membeli Siri Mate30.

Ia juga menawarkan satu bulan insuran Screen Protection dan jaminan lanjutan setahun secara percuma.

Dengan pelbagai tawaran perkhidmatan selepas jualan yang menarik daripada HUAWEI ini, ia secara tidak langsung memberi keyakinan untuk pengguna untuk membeli perisian ini.

10. Siri jelajah di seluruh negara bermula hari ini hingga 1 Januari 2020

Siri jelajah HUAWEI Mate 30 | 30 Pro di seluruh negara berlangsung sekarang sehingga 1 Januari 2020.

Menerusi siri jelajah ini, rakyat Malaysia berpeluang mengenali lebih mendalam mengenai siri HUAWEI Mate30 ini di HUAWEI Experience Store, Pavilion Elite.

Siri jelajah ini bertujuan untuk mempamerkan kebolehan serta ciri-ciri unik perisian Super Flagship dan cara untuk menggunakan fungsi kamera siri Mate30 yang dinobatkan sebagai ‘Best Videography Smartphone’.

Yang lebih penting, terdapat promosi khas siri jelajah untuk 100 pelanggan pertama yang membeli Mate30 Pro* di mana mereka akan mendapatkan HUAWEI Freelace bernilai RM369 dan promosi lain seperti percuma HUAWEI SuperCharge Wireless Car Charger dan HUAWEI Care* bernilai RM537.

Pelanggan juga berpeluang memenangi produk HUAWEI dengan menyertai 2 X cabutan bertuah.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 5:29 PM