Suliati Asri

DI era teknologi di hujung jari ini, pelajar sememangnya celik teknologi terutama membabitkan pilihan gajet mereka. Mereka membesar dengan teknologi dan ia ibarat sebahagian daripada kehidupan mereka.

Memiliki peranti dengan teknologi yang menakjubkan membolehkan pelajar membuat penyelidikan dan pembentangan yang interaktif.


Justeru, dengan Pakej Kombinasi Pintar Untuk Pelajar HUAWEI, pelajar boleh memiliki HUAWEI MateBook 13 yang sangat hebat dan ringan. Ia juga datang bersama HUAWEI nova 5T serta dua peranti pintar yang lain.

Ketahui lebih lanjut mengenai peranti hebat ini apabila anda membeli Pakej Kombinasi Pintar untuk Pelajar dengan hanya RM19.39 sehari.

HUAWEI nova 5T


Dianggap sebagai peranti hiburan yang bergaya dengan ciri terbaik, HUAWEI nova 5T nyata tidak akan mengecewakan penggunanya.

Telefon pintar ini memiliki lima kamera telefon berteknologi AI di mana empat kamera AI di belakang dan kamera hadapan 32MP untuk swafoto. Ia juga hadir dengan fungsi AIS Super Night Mode yang membolehkan pengguna mengambil gambar dalam keadaan cahaya rendah yang mencabar sekali gus memberikan hasil menakjubkan.


Tidak hanya dengan itu, set cip AI bersaiz tujuh nano meter (7nm) pertama di dunia dengan HUAWEI flagship set cipnya tersendiri iaitu Kirin 980 menjadikan telefon pintar ini lebih istimewa.

Teknologi SuperCharge yang dimiliki nova 5T ini juga membolehkan bateri dicas sehingga 50 peratus hanya dalam masa 30 minit.

Lebih menarik, HUAWEI nova 5T ini boleh didapati dalam tiga warna khas dengan reka bentuk kaca 3D Holographic iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan Hitam.

Siri MateBook 13

Mempunyai komputer riba yang ringan dan berjaya pastinya sesuatu yang didambakan.

Dengan Siri MateBook 13, ia berkeupayaan untuk menyegerakkan dan menjadikan projek kerja lebih mudah dipindahkan dari telefon pintar HUAWEI anda ke komputer riba HUAWEI dengan hanya satu sentuhan mudah.

Ia juga sangat mudah untuk disesuaikan disambungkan kepada semua peranti HUAWEI menjadikannya mudah untuk mengemudi dan mengawalnya.

Pengguna juga hanya perlu memberi fokus kepada skrin besar pada komputer riba dan menyemak aplikasi mudah alih di komputer dengan kerjasama multi-skrin.

Dari kerja ke riadah, yakinlah bahawa anda boleh melakukan lebih banyak perkara dengan Siri Mate 30 dan pelbagai peranti pintar lain.

Pengguna juga boleh melakukan lebih banyak dengan Mate anda yang boleh disambungkan dengan mana-mana peranti pintar HUAWEI yang lain.

Watch GT 2


Tiada lagi masalah terlepas maklumat atau mesej penting dengan HUAWEI Watch GT 2 yang disambungkan terus dengan Mate 30 anda.

Bukan itu saja, jam pintar ini juga membolehkan anda memantau kesihatan dan mengetahui kadar degupan jantung dengan mudah serta melihat laporan penuh pada telefon pintar Mate untuk menguruskan kesihatan dengan lebih baik.

Menerusi Watch GT 2 ini juga, anda boleh membuat dan menjawab panggilan telefon tanpa membawa telefon pintar anda saat keluar bersenam.

Kehidupan anda juga akan lebih ceria dengan Watch GT 2 yang membolehkan anda memainkan muzik kegemaran di pergelangan tangan anda.

Freebuds 3


Dilengkapi dengan teknologi pengurangan bunyi pintar yang unik, Freebuds 3 membolehkan anda menikmati muzik kegemaran.

Anda juga dapat merasai sendiri pengalaman bunyi muzik dan panggilan telefon yang lebih mendalam.

Reka bentuk ringkas dan bahagian telinga yang selesa membolehkan ia dipakai dalam tempoh masa yang panjang.

HUAWEI FreeBuds3 dicipta berdasarkan algoritma pemilihan saluran Bluetooth generasi baru yang secara dinamik mengenal pasti kumpulan yang tertakluk kepada gangguan WiFi dan dengan cepat dapat menyesuaikan diri dengan pembatalan bunyi sekali gus membolehkan anda merasai pengalaman audio yang lancar.

Semua ini dimungkinkan dengan Siri Mate 30 baru untuk melengkapkan gaya hidup harian anda. Buatlah yang terbaik dari Mate anda dan sambungan lancar dengan peranti pintar HUAWEI.


Ingin memiliki telefon pintar Siri Mate 30 yang canggih bersama peranti pintar HUAWEI yang lain, Produk Smarlife HUAWEI sesuai untuk semua gaya hidup dan keperluan yang berbeza. Tawaran pakej juga boleh dibeli secara berasingan.

Dengan plan ansuran HUAWEI, ia memudahkan rakyat Malaysia memiliki produk HUAWEI. Untuk pembelian layari http://huaweitogether2020.3ex.com.my/.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 @ 5:43 PM