MOHD Sharifuddin  maut selepas kereta dipandunya  dipercayai terbabas melanggar pokok sebelum tercampak ke dalam parit besar  di Jalan Permatang Sintok, semalam.
MOHD Sharifuddin maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas melanggar pokok sebelum tercampak ke dalam parit besar di Jalan Permatang Sintok, semalam.
Nur Izzati Mohamad

Kepala Batas: Lelaki maut dipercayai akibat lemas selepas kereta dipandunya melanggar pokok sebelum terhumban ke dalam parit di Jalan Permatang Sintok di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.44 pagi, Mohd Sharifuddin Md Saad, 25, memandu berseorangan dari Kepala Batas menuju Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa hilang kawalan dan terbabas.

“Mangsa dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk dan menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan.

“Akibatnya, mangsa merempuh pokok sebelum keretanya terhumban ke dalam parit,” katanya dalam kenyataan.

Noorzainy berkata, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu siasatan.

“Mayat dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September 2018 @ 11:35 AM