KEADAAN kereta  yang terbabas  di Jalan Sungai Korok.
KEADAAN kereta yang terbabas di Jalan Sungai Korok.

Jitra: Seorang jurujual telefon bimbit berusia 26 tahun meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh pokok sebelum terjunam ke dalam tali air di Jalan Sungai Korok di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.20 pagi, mangsa, Norshuhada Mansor memandu berseorangan dari arah Sungai Korok menghala ke pekan Jitra.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh pokok.

“Akibatnya, kereta mangsa terputus dua sebelum terjunam ke dalam tali air. Orang ramai yang menyedari kejadian itu kemudiannya menghubungi polis.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 6:33 AM