Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Dua daripada sembilan suspek yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian bakar pondok pengawal keselamatan di Bandar Bukit Raja, Klang Sabtu lalu didapati mempunyai rekod jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, berdasarkan rekod pihaknya mendapati dua lelaki yang ditahan itu pernah ditahan membabitkan kes samun bersenjata dan pemerasan.

“Berikutan kejadian yang turut membabitkan seorang pengawal keselamatan diserang dan dibakar oleh sekumpulan lelaki baru-baru ini, seramai sembilan suspek ditahan bagi membantu siasatan.

“Mereka ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Klang dan Ulu Bernam pada 21 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 5:30 AM