KEUPAYAAN iPad Pro dipertingkatkan lagi dengan padanan spesifikasi baharu.
KEUPAYAAN iPad Pro dipertingkatkan lagi dengan padanan spesifikasi baharu.
Muhammad Saufi Hassan


Menghasilkan suntingan video, penyeragaman warna dan video resolusi tinggi tanpa sebarang masalah, malah keupayaan prestasi peranti ini sudah menyamai perkakas konvensional seperti laptop menerusi tugasan kompleks berkenaan.

Pujian perlu diberikan kepada Apple kerana menghasilkan peranti berkonsep tablet iaitu iPad Pro dengan kuasa pemproses cip M2, sekali gus menjadikan sebarang tugasan serta suntingan boleh dilaksanakan dengan mudah.

Buktinya, penulis sendiri menggunakan iPad Pro cip M2 ini menerusi beberapa aplikasi suntingan video termasuk Da Vinci Resolve untuk menyeragaman warna.

Untuk video durasi 15 minit, resolusi 4K, penyuntingan secara kompleks berkenaan mampu dilaksanakan di bawah masa 10 minit tanpa masalah.

Tidak seperti perkakas konvensional, ia akan mengambil masa sekitar 30 minit untuk satu-satu video berkenaan disiapkan, sekali gus tempoh berkenaan memberi kesan kepada produktiviti secara menyeluruh.

PENGENALAN cip M2 memberikan keupayaan lebih optimum untuk variasi iPad Pro khususnya dalam penggunaan tugasan kompleks.
PENGENALAN cip M2 memberikan keupayaan lebih optimum untuk variasi iPad Pro khususnya dalam penggunaan tugasan kompleks.

Jika hari ini ramai pengguna melihat kepada keupayaan produktiviti, maka iPad Pro adalah jawapan terbaik kerana ia bukan saja berkuasa, malah mudah dibawa tanpa sebarang masalah.

Tidak keterlaluan jika penulis mengatakan bahawa ia adalah peranti yang datang daripada masa depan ketika ini kerana keupayaan pemproses yang pantas.

Menerusi pengenalan iPad Pro baharu berkenaan, Apple turut memperkenalkan ciri baharu untuk Apple Pencil yang menawarkan pengalaman ultra pantas menerusi sambungan tanpa wayar.

Pada masa sama, iPad Pro kali ini turut didatangkan dengan paparan termaju dalam kelasnya bersama kamera pro, FaceID, sambungan Thunderbold dan sistem empat audio.

Kemas kini sistem operasi iPadOS 16 turut didatangkan dengan 'stage manager' bersama sokongan penuh paparan tambahan, aplikasi berkelas desktop dan 'reference mode' untuk memastikan penggunaan iPad Pro variasi baharu ini lebih baik khusus untuk pengguna.

Bagi padanan cip baharu iaitu M2, ia menawarkan kuasa prestasi 15 peratus lebih pantas daripada M1 termasuk penawaran kuasa efisien untuk kuasa teras dan unit pemproses grafik (GPU).

TUGASAN kompleks boleh dilaksanakan dengan iPad Pro tanpa masalah termasuk menyeragaman warna resolusi tinggi.
TUGASAN kompleks boleh dilaksanakan dengan iPad Pro tanpa masalah termasuk menyeragaman warna resolusi tinggi.

Cip Apple M2 ini menawarkan kuasa lebih 35 peratus bagi prestasi GPU bersama 16 teras Enjin Neural yang boleh melakukan proses 15.8 trilion operasi sesaat.

Keupayaan itu memberikan kuasa 40 peratus lebih baik daripada M1 dan menjadikan iPad Pro lebih berkuasa setanding perkakas konvensional lain.

Sesuai dengan keupayaan tinggi berkenaan, iPad Pro baharu ini menyokong sehingga 16GB memori disatukan (unified memory) untuk memberi pengalaman licin tanpa masalah.

Ramai dalam kalangan pengguna iPad Pro pada hari ini menggunakan perkakas pintar berkenaan untuk pemproses kompleks seperti sintesis objek tiga dimensi (3D) sehingga kepada golongan profesional dalam bidang perubatan.

Keupayaan iPad Pro itu dipertingkatkan lagi dengan padanan spesifikasi baharu ini dan membolehkan proses ProRes video dilaksanakan tiga kali lebih pantas dan menghasilkan video bertaraf profesional hanya menggunakan iPad Pro berkenaan.

Apple juga memperkenalkan ciri baharu untuk Apple Pencil generasi kedua apabila ia mampu mengesan sehingga 12 milimeter (mm) di atas paparan dan ketepatan yang lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2023 @ 6:20 AM