IPAD Air Generasi Kelima menyokong Apple Pencil Generasi Kedua tanpa sebarang masalah.
IPAD Air Generasi Kelima menyokong Apple Pencil Generasi Kedua tanpa sebarang masalah.
Muhammad Saufi Hassan


PERANTI bersaiz tablet pada hari ini banyak membantu pengguna untuk menyelesaikan rutin harian, malah tuntutan tugas hari ini memerlukan pengguna untuk melaksanakan tugasan kompleks

Bagaimanapun, kebanyakan peranti berkenaan tidak dilengkapi dengan spesifikasi yang tinggi untuk melakukan kepelbagaian tugasan berkenaan termasuk kaedah pemproses kompleks.

Untuk itu, penulis ingin mencadangkan kepada pengguna memiliki atau memikirkan produk baharu keluaran Apple iaitu iPad Air Generasi Kelima memandangkan peranti ini menggunakan cip pemproses Apple M1 iaitu cip yang sama digunakan untuk siri MacBook.

Menyentuh aspek spesifikasinya, iPad Air Generasi Kelima atau '5 Gen' ini didatangkan dengan skrin 10.9 inci bersama paparan LED Backlit pelbagai sesentuh dengan panel IPS.

Sesuai untuk segenap jenis tugasan, paparan ini mempunyai resolusi 2,360 x 1,640 pixel manakala tahap tona warna pada P3 dengan paparan True Tone.

Seperti yang penulis katakan di awal tadi, peranti ini sangat sesuai untuk semua tugasan bermula daripada penugasan rutin sehingga kepada kompleks seperti suntingan video, malah ia menyokong Apple Pencil Generasi Kedua tanpa sebarang masalah.

SESUAI untuk segenap jenis tugasan, paparan ini mempunyai resolusi 2,360 x 1,640 pixel.
SESUAI untuk segenap jenis tugasan, paparan ini mempunyai resolusi 2,360 x 1,640 pixel.

Penulis sendiri melakukan suntingan video serta beberapa pengubahsuaian kesan grafik menggunakan iPad Air 5 Gen ini memandangkan cip berkuasanya dilengkapi dengan Unit Pemproses Pusat (CPU) serta Unit Pemproses Grafik (GPU) dilengkapi dengan lapan teras bersama-sama Apple Neural Engine.

Suntingan video pada skala 4K berdurasi 10 hingga 15 minit hanya mengambil masa kurang tujuh minit dan paling mengagumkan adalah pengguna boleh melakukan tugasan yang dikehendaki dengan bantuan Apple Pencil untuk ketepatan.

Pengubahsuaian imej menggunakan aplikasi Adobe Lightroom juga tidak menghadapi sebarang masalah apabila semua tetapan warna, kadar cahaya dan pendedahan cahaya dapat dilakukan dengan masa nyata tanpa menghadapi kelengahan atau 'lagging'.

IPAD Air Generasi Kelima atau ‘5 Gen’ didatangkan dengan skrin 10.9 inci bersama paparan LED Backlit pelbagai sesentuh dengan panel IPS.
IPAD Air Generasi Kelima atau ‘5 Gen’ didatangkan dengan skrin 10.9 inci bersama paparan LED Backlit pelbagai sesentuh dengan panel IPS.

Peranti ini sangat sesuai untuk pengguna yang sentiasa bergerak atau 'on the move' memandangkan ia mudah untuk disimpan, ringan dan mempunyai jangka hayat bateri yang sangat panjang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2022 @ 6:30 AM