iPad Pro 12.9
iPad Pro 12.9
Muhammad Saufi Hassan


Peranti bersaiz tablet bukan lagi satu aksesori malah sudah menjadi satu keperluan khususnya kepada pengguna yang melihat kepada aspek produktiviti serta mobiliti.

  Pada Oktober lalu, Apple mengumumkan barisan iPad mereka dan tumpuan terarah kepada peranti iPad Pro 12.9 inci yang dikuasakan dengan cip baharu iaitu Apple M2 sekali gus memberikan keupayaan paling optimum.

  Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa iPad Pro 12.9 inci berkenaan adalah peranti paling berkuasa.

  Ia bukan saja mampu untuk melaksanakan proses rutin yang mudah, malah tugasan kompleks seperti suntingan video, animasi termasuk penarafan warna (color grading) sesebuah karya boleh dilaksanakan dengan mudah.

  Bagi padanan cip baharu iaitu M2, ia menawarkan kuasa prestasi 15 peratus lebih pantas daripada m1 termasuk penawaran kuasa efisien untuk kuasa teras dan unit pemproses grafik (GPU).

   Cip Apple M2 ini menawarkan kuasa lebih 35 peratus bagi prestasi GPU bersama 16 teras enjin neural yang boleh melakukan proses 15.8 trilion operasi sesaat.

  Keupayaan itu memberikan kuasa 40 peratus lebih baik daripada m1 dan menjadikan iPad Pro lebih berkuasa setanding dengan perkakas konvensional yang lain.

  Sesuai dengan keupayaan tinggi berkenaan, iPad Pro baharu ini menyokong sehingga 16GB memori disatukan (unified memory) untuk memberi pengalaman licin tanpa sebarang masalah.

  Ramai dalam kalangan pengguna iPad Pro pada hari ini menggunakan perkakas pintar berkenaan untuk pemproses kompleks seperti sintesis objek tiga dimensi (3D) sehingga kepada golongan profesional dalam bidang perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2023 @ 10:46 PM