Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengguna hari ini lebih memilih keseragaman jenama untuk set desktop mereka.

  Ini bagi memudahkan setiap perkakas berkenaan diselaraskan dengan lampu RGB memandangkan itu sudah menjadi trend semasa pemilik desktop.

  Untuk itu, set desktop jenama MSI yang pastinya tidak asing lagi khusus untuk kelas permainan.

  Memiliki sebuah papan induk atau 'motherboard' dengan kelengkap binaan memori (RAM) generasi terbaharu iaitu DDR5 pastinya memberi keupayaan prestasi lebih baik terutama untuk tugasan kompleks.

  Binaan memori DDR5 ini adalah yang terbaru ditawarkan di pasaran dengan frekuensi kelajuan lebih baik daripada generasi sebelumnya DDR4.

  Penulis ingin mencadangkan kepada pengguna atau pembina desktop untuk memilih papan induk keluaran MSI daripada dua barisan produk iaitu MAG Tomahawk dan versi PRO.

  Bagi pengguna yang cenderung untuk memilih siri tinggi dan bajet bukan satu masalah, penulis mencadangkan untuk menilai papan induk MSI MAG B660 Tomahawk WIFI yang didatangkan dengan binaan RAM DDR5.

  Untuk binaan RAM berkenaan, ia mampu untuk menyokong kelajuan frekuensi bermula 4,800 (JDEC) MHz sehingga 6,200MHz tanpa mengganggu kestabilan sistem desktop.

  Pilihan kad grafik pula pastinya menjadi keutamaan memandangkan perkakas itu akan menentukan sama ada desktop berkenaan mampu untuk melancarkan semua genre permainan atau sebaliknya.

Jenama berkenaan menawarkan beberapa generasi kad grafik bermula daripada siri Ventus, Gaming X Trio sehingga kepada kad premium Suprim X.

  Manakala bagi punca kuasa atau PSU pula, terdapat beberapa pilihan antaranya daripada siri generasi MPG GF yang merangkumi keupayaan bekalan kuasa bermula 650W, 750W dan 850W mengikut kesesuaian penggunaan.

  Paling mengagumkan apabila siri MPG GF berkenaan didatangkan dengan kefungsian modular penuh dengan pengiktirafan bekalan kuasa 80 Plus Gold untuk kestabilan arus PSU.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2022 @ 11:05 PM