Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengeluar perkakas permainan terkemuka, MSI mengumumkan keupayaan papan induk Intel siri 600 serta 700 dengan sokongan memori 48GB dan 24GB DDR5.

  Ia adalah sokongan memori bukan binari untuk platform papan induk Intel 600 serta 700 termasuk generasi MEG, MPG, MAG dan PRO.

  Kapasiti memori atau RAM meningkatkan kepada 192GB untuk empat slot DIMMs dan 96GB untuk dua slot DIMMs.

  MSI komited untuk meneruskan penambahbaikan pada masa depan khususnya kepada penggemar binaan set desktop kelas prestasi tinggi.

  Kemaskini baharu berkenaan membuktikan keupayaan produk keluarannya khususnya kepada pengguna yang mencari keupayaan paling optimum.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2023 @ 12:35 AM