Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


Pengeluar perkakas komputer serta jenama permainan terkemuka, MSI mula mengorak langkah dengan pengenalan kepada satu segmen produk baharu iaitu bekalan unit kuasa (PSU) untuk desktop.

  MSI kali ini memperkenalkan PSU mereka di pasaran dengan siri MPG GF yang merangkumi bekalan kuasa bermula 650W, 750W dan 850W.

  Pengenalan itu juga melengkapkan barisan perkakasan keluaran syarikat berkenaan serta ia dibuat untuk memberi sokongan bekalan kuasa kepada kad grafik baharu Nvidia iaitu siri 'Ampere'.

  Paling mengagumkan apabila siri MPG GF berkenaan didatangkan dengan kefungsian modular penuh dengan pengiktirafan bekalan kuasa 80 Plus Gold untuk kestabilan arus PSU.

  PSU siri MPG GF ini didatangkan dengan kabel nipis sekali gus memudahkan pengguna untuk melakukan kemasan di dalam desktop.

  MSI memberi jaminan 10 tahun untuk siri PSU MPG GF dan ia dilengkapi dengan kapasitor buatan Jepun keseluruhannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 10:22 PM