FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Jakarta: Berang selepas seorang sukarelawan pengebumian jenazah Covid-19 tertukar mayat lain, seorang lelaki di Malang, Jawa Timur pengsan dipukul ahli keluarga pesakit yang meninggal.

Akibat insiden itu, sukarelawan dikenali sebagai Alfa itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Portal Kompas melaporkan insiden itu berlaku selepas jenazah pesakit Covid-19 itu tertukar ketika ingin dikebumikan.

Penyelaras Pusat Keselamatan Awam (PSC) 119 Pejabat Kesihatan Malang, Dhana Setiawan berkata, pada mulanya ada enam jenazah yang akan dikebumikan dan petugas lapangan mendahulukan jenazah dengan nombor giliran lima.

Ini kerana jenazah nombor lima dan nombor tiga dikebumikan di lokasi sama.

Namun, hal itu tidak dipersetujui keluarga jenazah nombor empat dan meminta dikebumikan dahulu.

"Kerana tidak sabar, keluarga jenazah mengadu hal berkenaan kepada petugas pengebumian iaitu Tri Erwanto dan Alfa.

"Kemudian, petugas membawa keranda jenazah nombor empat itu untuk dikebumikan dan mereka tidak menyedari keranda itu sebenarnya milik jenazah nombor enam," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2021 @ 7:21 AM