PASANGAN ini sanggup memakai lampin pakai buang ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.
PASANGAN ini sanggup memakai lampin pakai buang ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.
Agensi

Jakarta: Bagi mengelak kesesakan di tandas kawasan rehat, suami isteri di Indonesia, Alfa Yustikano Marganaputra dan Ajeng Parimitha sanggup menggunakan lampin pakai buang dewasa ketika menaiki kenderaan.

Portal Kompas melaporkan, pasangan itu menggunakan lampin pakai buang itu sepanjang perjalanan pulang dari Bekasi Timur hingga kampung halaman di Delanggu, Klaten, Jawa Tengah.

Idea menggunakan lampin pakai buang itu datangnya daripada adik mereka, Charlie Apriliano.

"Kelebihan memakai lampin pakai buang adalah kami tidak perlu lagi keluar masuk tandas untuk buang air kecil.

"Ini kerana yang menyebabkan lebuh raya sesak adalah kerana ramai singgah di hentian rehat," kata Alfa.

Menurut Alfa, ramai perantau yang pulang ke kampung, berehat di bahu jalan menuju kawasan rehat, terutama di laluan lebuh raya Cikopo-Palimanan (Cipali).

Katanya, orang ramai juga berhenti sesuka hati untuk beristirahat dan buang air kecil.

"Oleh kerana saya memakai lampin pakai buang, maka tidak perlu ke tandas dan hanya singgah di kawasan rehat untuk mengisi petrol," kata Alfa.

Menurut Alfa, dia dan isteri perjalanan dari Bekasi Timur, jam 7 malam, Khamis lalu dan tiba di Delanggu, 11 jam kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2022 @ 11:43 AM