Aniza Zainudin


KESELESAAN mendahului aspek gaya. Itu prinsip dipegang Farhanis Syamimi Zoolkafli ketika memberi sentuhan tata hias dan pemilihan perabot kelengkapan kediaman demi merealisasikan tiga konsep dekorasi berbeza.

Meminati gaya Scandinavia yang disifatkan memiliki identiti menarik, wanita berusia 32 tahun ini juga perlu memikirkan cita rasa sang suami

yang lebih dekat dengan konsep minimalis manakala idea mesra kanak-kanak pula dititikberatkan seiring proses pembesaran anak.

Bagi Farhanis Syamimi, rumah adalah ruang paling selesa buat seluruh penghuni, oleh itu sebagai isteri dan ibu, beliau tidak seharusnya mementingkan diri dengan menumpukan kepada konsep kegemaran tanpa mengambil kira selera serta keselesaan penghuni lain.

“Menggabungkan tiga konsep di bawah satu bumbung yang sama sebenarnya agak sukar, tetapi saya perlu memikirkan cita rasa, keperluan suami dan anak ketika menata hias.

“Konsep Scandinavia lebih tertumpu kepada penggunaan perabot kombinasi kayu dan besi, manakala rona putih menjadi identiti warnanya.

FARHANIS (kanan) bersama keluarga di kediamannya di Elmina Seksyen U16, Shah Alam. -Foto Faiz Anuar
FARHANIS (kanan) bersama keluarga di kediamannya di Elmina Seksyen U16, Shah Alam. -Foto Faiz Anuar


“Oleh kerana memiliki tiga cahaya mata yang kini sedang membesar, saya perlu berhati-hati dalam membuat pilihan.

stinya putih menjadi idaman namun ia menzahirkan suasana membosankan dan kurang ceria buat anak. Jadi, bagi ruang tamu, saya memilih rona coklat pelbagai skema bagi mewujudkan elemen ceria dan menenangkan.

“Permainan warna itu bukan terhad pada pemilihan cat, bahkan perabot dan aksesori hiasan. Demi mengelakkan dominasi warna ‘nude,’ saya memasukkan elemen hijau menerusi pokok hiasan, putih hitam bagi permaidani dan kusyen berwarna merah jambu.

“Perhiasan dinding yang menggambarkan motif tumbuhan juga menitikberatkan konsep minimalis,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Guru sekolah menengah ini berkata pasangannya, Tengku Ahmad Shuhada’ Tengku Affandy, 32, sering berkongsi nasihat dan pandangan dalam proses menata hias serta pemilihan perabot kediaman.

Seperti wanita lain yang tidak lari daripada nafsu membeli-belah, Farhanis Syamimi mengakui suami memainkan peranan sebagai penasihat bagi mengekang kehendak untuk membeli barangan atau perabot tidak diperlukan.


LADANG bunga matahari, saujana mata memandang.
LADANG bunga matahari, saujana mata memandang.


Katanya, segelintir orang berdepan cabaran untuk menyusun atur barangan mahupun perabot tidak diperlukan yang dibeli gara-gara nafsu, lebih rumit apabila barangan berkenaan tidak memiliki nilai tambah pada ruang tertentu.

Masih menggunakan sofa lama bermotifkan Inggeris milik keluarga suami, wanita ini bertindak menukarkan sarung sofa baru yang lebih sesuai dengan cita rasa minimalis mereka sekeluarga.

Kata Farhanis Syamimi lagi, dunia dekorasi memerlukannya berpandangan jauh ketika membuat keputusan membeli barangan supaya ia boleh disuai padan dengan warna dan konsep berbeza, satu masa nanti.

“Berkongsi cabaran lain, saya mengakui wujudnya pertembungan pilihan dekorasi sama ada aspek selesa atau gaya.

“Segelintir individu mengutamakan gaya berbanding keselesaan. Secara peribadi, saya lebih mementingkan keselesaan tetapi ia tidak bermakna mengetepikan gaya hiasan dalaman.

SYAZWAN bawa watak Firdaus, orang kurang siuman yang suka mengemas surau.
SYAZWAN bawa watak Firdaus, orang kurang siuman yang suka mengemas surau.


“Sebenarnya gabungan kedua-dua aspek itu menjadikan ruang dan kediaman lebih menarik. Bagi pemilihan perabot perlu memiliki kriteria selesa kerana ia akan diguna pakai semua dalam tempoh yang lama.

“Elemen gaya pula boleh disuntik melalui pilihan aksesori tambahan perabot dan perhiasan lain,” ceritanya yang memiliki kediaman dengan keluasan 2,700 kaki persegi.

Menerokai kediaman peribadi keluarga Farhanis Syamimi, penulis tertarik dengan dapur berkonsep terbuka yang diilhamkan.

Berbanding menyimpan barangan di ruang tertutup, wanita ini melihat konsep terbuka mendidik keluarganya erti disiplin diri demi mengekalkan susun atur secara konsisten.

Menggunakan material plastik bagi balang simpanan, dia menganggap ia pilihan terbaik buat anaknya untuk turut serta dan ‘bermain’ mencari pengalaman di ruang dapur seiring dengan konsep mesra kanak-kanak.

Di tingkat dua kediaman ini, terletaknya tiga bilik serta ruang kerja Farhanis Syamimi. Menariknya, setiap bilik memiliki tema berbeza mengikut cita rasa pemiliknya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2019 @ 7:00 AM