DARI kiri, Najmi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Datuk Nazim Rahman dan Pemangku Ketua Pegawai Pelaburan PMB Investment, Isnami Ahmad Mohtar melancarkan PMB SASEF.
DARI kiri, Najmi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Datuk Nazim Rahman dan Pemangku Ketua Pegawai Pelaburan PMB Investment, Isnami Ahmad Mohtar melancarkan PMB SASEF.
HM Digital

Kuala Lumpur: Optimis dengan prospek pelaburan di rantau Asean, PMB Investment Berhad (PMB Investment), anak syarikat Pelaburan Mara Bhd (Pelaburan Mara) melancarkan dana pelbagai mata wang pertamanya, PMB Syariah ASEAN Stars Equity Fund (PMB SASEF) di lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Najmi Mohamed berkata, PMB SASEF dana unit amanah ke-15 oleh syarikat pengurusan pelaburan Islamik itu dan ditawarkan pada harga permulaan serendah 50 sen seunit.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan saiz dana baru itu mampu mencapai nilai sehingga AS$50 juta (RM193.15 juta) pada tahun ini dan yakin mampu menyumbang sasaran saiz dana keseluruhan syarikat sebanyak RM1.9 bilion pada Disember ini.

“PMB SASEF membuat pelaburan di lima negara ASEAN dan setakat Februari lalu, terdapat 3,286 syarikat tersenarai di pasaran saham negara Asean terbabit dan daripada jumlah itu, 1,720 mempunyai saham syariah.

“Seterusnya, syarikat memilih 300 saham syariah terbesar berdasarkan pasaran modal berpotensi dilaburkan dan hanya AS$860 bilion (RM3.32 trilion) saham dikenal pasti bagi pelaburan dana ini dari Nilai Aset Bersih (NAB) berjumlah AS$2.6 trilion (RM10.04 trilion),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 April 2018 @ 9:28 AM