Raymond (dua dari kiri) menyampaikan    trofi   kepada Nazim   pada majlis penganugerahan di Ibu Pejabat Pelaburan MARA Berhad.
Raymond (dua dari kiri) menyampaikan trofi kepada Nazim pada majlis penganugerahan di Ibu Pejabat Pelaburan MARA Berhad.
myMetro

Kuala Lumpur: PMB Investment Berhad (PMB Investment), anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA), melalui salah satu dana di bawah pengurusannya, PMB Shariah Aggressive Fund (PMB SAF) berjaya memenangi dua anugerah Thomson Reuters Lipper Fund Awards 2016 Global Islamic.

Anugerah disampaikan oleh Pegawai Kanan Negeri, Thomson Reuters, Raymond Lee, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan MARA, Nazim Rahman.

PMB SAF memenangi Anugerah Global Islamic Equity Malaysia bagi tempoh tiga dan lima tahun berakhir 31 Disember 2015.

Berdasarkan kepada The Edge-Lipper Table, PMB SAF mencatat jumlah pulangan sebanyak 41 peratus bagi tempoh setahun, 92 peratus bagi tempoh 3 tahun dan 111 peratus bagi tempoh 5 tahun berakhir 31 Disember 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2016 @ 5:31 AM