PENUNGGANG e-hailing menunggu pelanggan di kawasan yang teduh di di Bangkok, FOTO AFP
PENUNGGANG e-hailing menunggu pelanggan di kawasan yang teduh di di Bangkok, FOTO AFP
AFP

Bangkok: Cuaca panas melampau di Thailand memberi kesan kepada pekerja yang perlu berada di luar rumah sepanjang hari.

Ia termasuk penghantar makanan dan barangan, serta perkhidmatan teksi menggunakan motosikal.

Di Siam Square dekat tengah bandar ini, penunggang p-hailing, Suriyan Wongwan berpeluh sambil menunggu untuk mengambil makanan yang akan dihantarnya dengan motosikal.

"Saya takut diserang strok haba," kata lelaki berusia 51 tahun itu kepada AFP ketika suhu mencecah 37 darjah Celsius.

"Perlindungan diri saya adalah untuk minum lebih banyak air...

"Dalam cuaca panas seperti ini, saya minum setiap kali saya meletakkan motosikal saya," kata Suriyan.

Sementara itu, Isara Sangmol, salah seorang pemandu teksi motosikal di bandar ini berkongsi pengalaman sama.

Songmol minum empat atau lima botol air sehari untuk kekal terhidrat, iaitu dua kali ganda berbanding hari biasa.

"Kami perlu tidur yang cukup untuk bekerja, jika tidak haba akan menjejaskan badan dan kesihatan kami," kata lelaki berusia 48 tahun itu kepada AFP sambil meneguk air.

Dia menunggu pelanggan di kawasan yang teduh.

"Jika ia terlalu panas untuk saya, saya boleh menanggalkan jaket dan masuk ke dalam pusat beli-belah untuk menyejukkan badan," katanya.

Songmol menukar pakaiannya dengan fabrik ringan tetapi perlu memakai seluar panjang dan kasut ketika bekerja.

Seksith Prasertpong yang menghantar makanan untuk aplikasi Line Man sejak dua tahun lalu berkata, cuaca panas itu menyukarkan tugasnya.

"Saya perlu mencuci muka lebih kerap, pergi ke tandas dan minum air sejuk dengan kerap," kata lelaki berusia 38 tahun itu kepada AFP ketika berehat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 3:50 PM