FEDERER berjaya menamatkan penguasaan Sampras di Wimbledon. FOTO AFP
FEDERER berjaya menamatkan penguasaan Sampras di Wimbledon. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Juara Grand Slam 14 kali yang penguasaannya di Wimbledon ditamatkan Roger Federer pada 2001, Pete Sampras, memberi penghormatan kepada pemain hebat kelahiran Switzerland itu dalam video di media sosial.

Federer, juara Grand Slam 20 kali dan salah seorang pemain tenis terulung dalam sejarah, beraksi dalam penampilan terakhir di Piala Laver di London sebelum menggantung raket secara rasmi.

Sampras mengambil kesempatan itu untuk mengimbas kembali satu-satunya pertemuan mereka apabila Federer yang berusia 19 tahun menewaskannya pada pusingan keempat di All England Club.

"Tidak pasti di mana untuk bermula, jadi saya hanya akan bermula dari awal lagi. "Ketika saya mula-mula berdepan dengan anda, anda berumur 19 tahun, pemain yang sedang berkembang dan orang ramai bercakap tentang anda.

"Dan kami mempunyai pertempuran hebat di Wimbledon. Dan anda mengalahkan saya.

"Aksi lima set yang sangat sengit. Saya hanya ingat berjalan keluar dari gelanggang, merasakan saya sudah berdepan lawan yang sebenar," kata Sampras.

Sampras selepas itu hanya memenangi satu sahaja Grand Slam di Terbuka Amerika Syarikat pada 2002 sebelum mengumumkan persaraan.

Selepas itu selama dua dekad beliau melihat karier Federer berkembang dengan jayanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2022 @ 1:17 PM