DJOKOVIC dinobatkan juara Wimbledon selepas menewaskan Kyrgios. -FOTO EPA
DJOKOVIC dinobatkan juara Wimbledon selepas menewaskan Kyrgios. -FOTO EPA
AFP

London: Novak Djokovic merangkul kejuaraan Wimbledon ketujuh dan Grand Slam ke-21 selepas mengetepikan cabaran Nick Kyrgios dalam pertarungan empat set.

Pilihan utama, Djokovic menang 4-6, 6-3, 6-4, 7-6 (7/3) untuk menyamai rekod Pete Sampras di Kelab Seluruh England dan ketinggalan satu rekod di belakang Roger Federer yang memenangi lapan kejuaraan.

Pemain Serbia berusia 35 tahun itu kini satu gelaran di depan Federer dan kurang satu berbanding Rafael Nadal yang memegang rekod 22 gelaran major.

"Saya kehilangan kata-kata untuk menceritakan apa makna kejohanan dan trofi ini kepada saya," kata Djokovic.

"Ia akan sentiasa menjadi antara paling istimewa kepada saya.

Djokovic juga memuji Kyrgios selepas hubungan kurang baik mereka berakhir di Wimbledon.

"Ia secara rasmi agak rapat," katanya.

"Ia mencabar untuk memberikan kata-kata semangat seperti ini tetapi anda menunjukkan kenapa anda antara yang terbaik di dunia."

Djokovic ialah pemain keempat dalam era Terbuka menang empat gelaran Wimbledon berturut-turut sejak Bjorn Borg, Sampras dan Federer.

Kyrgios pula berkata pemain Serb itu "ada sedikit persamaan dengan dewa."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2022 @ 8:13 AM