NADAL (kiri) terpaksa beraksi lebih tiga jam sebelum menewaskan Shapovalov. FOTO AFP
NADAL (kiri) terpaksa beraksi lebih tiga jam sebelum menewaskan Shapovalov. FOTO AFP
AFP

Rome: Pilihan utama Novak Djokovic dan Rafael Nadal mara ke suku akhir Terbuka Itali bersama-sama juara bekas juara Alexander Zverev yang beraksi buat pertama kali di hadapan penonton di Itali.

Juara bertahan, Djokovic memerlukan 70 minit untuk menundukkan pemain Sepanyol, Alejandro Davidovich Fokina 6-2, 6-1 dengan venue di Foro Italico membenarkan kapasiti 25 peratus penonton untuk kali pertama selepas kelonggaran sekatan Covid-19.

"Itu tidak bagus. Ia hebat. Saya rindukan penonton," kata Djokovic, 33.

Juara sembilan kali, Nadal menyelamatkan dua mata perlawanan ketika turun bertemu pemain Kanada, Denis Shapovalov sebelum menang 3-6, 6-4, 7-6 (7/3) dalam pertarungan yang memakan masa tiga jam 30 minit.

Nadal seterusnya akan bertemu dengan juara Madrid Masters, Zverev yang diletakkan sebagai pilihan keenam selepas menewaskan pemain Jepun, Kei Nishikori 4-6, 6-3, 6-4 dalam tempoh tiga jam.

Nadal tewas kepada Zverev, 24, di suku akhir di Madrid dengan pemain Jerman yang juga bekas juara Terbuka Itali pernah menewaskan Djokovic di pentas akhir 2017.

Djokovic dan Nadal memenangi 14 dari 16 gelaran terakhir di Rome dan bertemu sesama sendiri di lima pentas akhir.

"Perkara utama hari ini adalah untuk pastikan fizikal saya pulih," kata Nadal, 34, yang tewas di dua gelanggang tanah liat dalam aksi Masters di Monte Carlo dan Madrid menjelang Roland Garros.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 1:12 PM