AKSI tangkas  Djokovic mengembalikan hantaran Davidovich. FOTO AFP
AKSI tangkas Djokovic mengembalikan hantaran Davidovich. FOTO AFP
AFP

Rome: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke suku akhir Terbuka Itali selepas menewaskan Alejandro Davidovich Fokina dengan straight set di hadapan penonton di Foro Italico hari ini.

Juara Rome lima kali itu menang 6-2, 6-1 ke atas pemain ranking ke-48 dari Sepanyol di venue yang disaksikan 25 peratus penonton daripada jumlah kapasiti buat kali pertama selepas peraturan Covid-29 dilonggarkan.

"Ia tidak bagus tetapi tetap hebat, saya rindukan penonton,'' kata pemain berusia 33 tahun itu yang akan menentang Stefanos Tsitsipas dalam aksi ulangan separuh akhir Terbuka Perancis tahun lalu yang dimenangi bintang Serbia itu.

Pilihan kelima, Tsitsipas memusnahkan impian tuan rumah apabila menewaskan Matteo Berrettini 7-6 (7/3), 6-2 dalam masa 1 jam 36 minit.

"Saya selalu rasa seperti pulang ke kampung di Rome," kata Djokovic yang tidak pernah gagal ke suku akhir sepanjang 15 penampilan di kejohanan tanah liat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Mei 2021 @ 10:49 PM