NOVAK Djokovic mara ke final Terbuka Itali. FOTO EPA
NOVAK Djokovic mara ke final Terbuka Itali. FOTO EPA
AFP

Rome: Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic menewaskan lawan dari Itali, Lorenzo Sonego untuk menempah pertemuan menentang juara sembilan kali Rafael Nadal buat kali keenam di final Terbuka Itali.

Juara bertahan Djokovic menang 6-3, 6-7 (5/7), 6-2 dalam tempoh dua jam 44 minit mengatasi pemain di ranking ke-33 selepas pilihan kedua Nadal menundukkan pemain Amerika, Reilly Opelka 6-4, 6-4.

Djokovic sebelum ini beraksi tiga set untuk menewaskan Stefanos Tsitsipas dari Greece ketika suku akhir.

Juara lima kali Rome itu ketinggalan 6-4, 2-1 sebelum perlawanan terpaksa dihentikan semalam kerana hujan.

Namun pemain berusia 33 tahun itu bangkit untuk menang 4-6, 7-5, 7-5 selepas lebih dari tiga jam setengah beraksi.

Djokovic dan Nadal, akan turun berdepan buat keli ke-57 yang mana kali terakhir mereka bertemu adalah di final Terbuka Perancis tahun lalu yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada pemain Sepanyol itu dalam pertarungan straight set.

Dua pemain itu menang 14 dari 16 gelaran di Rome yang menyaksikan Nadal mendahului rekod pertemuan di pentas akhir di ibu negara Itali itu dengan 3-2.

"Rafa dan saya bergurau hari ini di bilik persalinan selepas saya menang ke atas Tsitsipas," dedah Djokovic.

"Kami bergurau tentang 'orang-orang' tua yang masih belum mengalah.

"Saya gembira kami tidak menyerah kalah dengan serangan generasi muda."

Nadal menyelamatkan dua mata perlawanan sebelum menewaskan pemain Kanada Denis Shapovalov di pusingan ketiga dan menyingkirkan Alexander Zverev di suku akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Mei 2021 @ 11:35 AM