Evander Holyfield. FOTO Agensi
Evander Holyfield. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Evander Holyfield enggan mendesak Mike Tyson untuk pertemuan ketiga bersejarah mereka kerana tidak mahu membuli lawannya itu untuk kembali bertarung.

Petinju berusia 58 tahun itu menjadi bintang tinju ternama dunia yang kembali memakai sarung tangan tinju untuk berdepan Kevin McBride pada 5 Jun ini.

Namun sebelum bersetuju berdepan petinju berusia 47 tahun dari Ireland, Holyfield sudah mengadakan perbincangan dengan seteru tradisinya.

Holyfield memenangi kejuaraan heavyweight WBA dari Tyson pada 1996 sebelum pertarungan popular yang menyaksikan Iron Mike bertindak menggigit telinga lawannya itu dalam pertarungan kedua tujuh bulan kemudian.

Holyfield mengakui perbincangan mengenai berapa banyak wang membabitkan pertarungan berdepan Tyson sudah dibincangkan dan segala perjanjian seperti sudah selesai.

Katanya: "Mereka mula bercakap mengenai pertarungan dan berapa banyak wang yang mungkin saya dapat kumpulkan.

"Justeru mereka menjadikan ia menarik bahawa pertemuan antara Mike dan saya boleh menjadi pertarungan yang besar.

"Dan dengan situasi Covid, orang ramai melihat perkara yang dapat disaksikan di rumah dan perkara berkaitan, malah dengan jumlah wang yang mereka bincangkan untuk membayar saya melakukan pertunjukan. Saya sangka ia menarik dan OK.

"Jadi saya memberitahu mereka saya berminat, tapi saya tidak mahu bertanya kepada Mike secara peribadi kerana saya sudah menewaskan Mike dua kali.

"Saya fikir jika bertanya kepadanya secara peribadi seolah-olah seperti membuli untuk bertarung dengan seseorang yang saya sudah tewaskan sebanyak dua kali.

"Tapi jika seseorang berjaya memberitahunya untuk menghubungi saya dan menyatakan dia mahu melakukannya (pertarungan) jadi saya akan setuju."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 11:22 AM