HOLYFIELD mengakui bahawa aksinya dengan Tyson semakin menjadi kenyataan. FOTO Agensi
HOLYFIELD mengakui bahawa aksinya dengan Tyson semakin menjadi kenyataan. FOTO Agensi

EVANDER Holyfield mengakui bahawa pertarungan kali ketiga bersama seteru lama, Mike Tyson semakin menjadi kenyataan dan sekarang dalam proses peringkat akhir.

Tyson, 53, dan Holyfield, 57, kedua-duanya baru-baru ini memuatnaik video mereka sedang berlatih di media sosial dengan bertujuan untuk menyusun aksi pertunjukkan dalam masa terdekat.

Holyfield melakukan pukulan KO ke atas Tyson di pusingan ke-11 pada 1996, sebelum memenanginya sekali lagi tahun berikutnya hasil kemenangan percuma berikutan berlakunya insiden gigit telinga.

Pertarungan antara dua bekas juara heavyweight ini, akan berlangsung dalam perlawanan untuk tujuan amal.

"Pasukannya ada berbincang dengan pasukan saya dan kami masih lagi belum mendapat persetujuan penuh tapi ia semakin hampir. Jika ia berlaku, jadi semuanya tidak ada sebarang masalah.

"Cuma sekarang, beliau sedang melakukan sesuatu, saya juga tengah melakukan sesuatui. Apabila saya memberitahu orang lain mengenai perkara ini, selepas itu melihat saya sedang bekerja keras dan mereka sudah mula untuk menggabungkan kami.

"Mereka harus bekerjasama untuk merealisasikan pertarungan ini. Apa yang membuatkan kami kembali, ada yang sudah menyebut nama kami dan saya pula sudah memberitahu semua orang untuk melakukan aksi pertunjukkan.

"Ini bermaknsa dengan yayasan saya, Yayasan Holyfield, saya mahu membantu kanak-kanak. Saya mahu kembali dan menunjukkan kepada kanak-kanak, jika anda jaga tubuh pada usia muda, tidak mempunyai tabiat buruk, anda akan mempunyai tubuh badan yang sihat," kata Holyfield,

Holyfield 44-10-2 (29) belum pernah beraksi sejak 2011 apabila kali terakhir beliau menumbangkan Brian Nelson di pusingan ke-10.

Tyson pula kali terakhir masuk gelanggang ialah 15 tahun lalu apabila beliau dikejutkan dengan petinju tinggi lampai dari Ireland, Kevin McBride.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 3:16 PM