Evander Holyfield. FOTO Agensi
Evander Holyfield. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Evander Holyfield dilaporkan akan melakukan kemunculan semula dengan penuh sensasi di arena tinju untuk bertarung Glenn McCrory pada April ini.

The Real Deal memberi bayangan untuk kembali semula dalam sukan yang membuatkan dia muncul juara dunia berbulan-bulan.

Holyfield berkongsi beberapa gambar dan video di akaun media sosial miliknya dengan menunjukkan kegigihan menjalani latihan dan bentuk badan fizikal yang mengagumkan pada usia 58 tahun.

Khabar angin kuat menyatakan dia mungkin berdepan Mike Tyson dalam pertarungan semula ke gelanggang pada usia 54 tahun.

Ia akan melengkapkan trilogi dengan Holyfield memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Iron Mike.

Holyfield (kiri) dan Mike Tyson bertarung bagi kejuaraan WBA heavyweight di MGM Grand Garden pada tahun 1996. FOTO File Agensi
Holyfield (kiri) dan Mike Tyson bertarung bagi kejuaraan WBA heavyweight di MGM Grand Garden pada tahun 1996. FOTO File Agensi

Tetapi Roy Jones Jr menjadi orang yang dipilih untuk itu - mereka mencatat keputusan seri di Stapler Center dekat Los Angeles hujung minggu lalu.

Kini seperti dilaporkan talkSPORT, Holyfield akan menyarung sarung tangan dan berdepan bekas juara dunia cruiserweight dari Britain, McCrory.

Atlet berusia 56 tahun itu berkata: "Saya sudah bercakap dengan Holyfield menerusi telefon dan dia berkata dia akan berlawan dengan saya.

"Kami merancang pada April, saya bercakap kepada Joe Brown dan Jim Freeman dari syarikat BKB dan mereka mahu menganjurkannya di O2 pada April.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 11:34 PM