BROADHEAD (kanan) meraikan jaringannya. FOTO AFP
BROADHEAD (kanan) meraikan jaringannya. FOTO AFP
AFP

Split: Nathan Broadhead muncul penyelamat untuk Wales yang beraksi tanpa Gareth Bale apabila menjaringkan gol penyamaan ketika meraih keputusan seri 1-1 pada perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia, Croatia di Split, awal pagi tadi.

Jaringan separuh masa pertama Andrej Kramaric dilihat sudah cukup untuk memberikan pasukan pilihan di peringkat kumpulan, Croatia kemenangan pertama mereka.

Tuan rumah masih di depan sehingga minit ketiga masa kecederaan apabila Croatia gagal mematahkan lontaran jauh Connor Roberts dan pemain gantian, Broadhead merembat bola masuk untuk meraih gol penyamaan.

Wales kini sudah mengharungi sembilan perlawanan tanpa kemenangan tetapi keputusan terbaru itu pastinya terasa seperti kemenangan buat anak buah Rob Page.

Broadhead, 24, yang kini beraksi untuk pasukan divisyen tiga Inggeris, Ipswich selepas berhijrah dari pasukan bergelut, Everton, tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya.

"Sejujurnya saya agak terharu, agak emosi. Saya sudah lama menunggu saat ini.

"Kami memerlukan satu mata, kami datang ke sini untuk mencuba dan menang tetapi mendapatkan satu mata juga bagus," kata Broadhead kepada S4C.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2023 @ 7:51 AM