SESI latihan skuad Denmark menjelang pertembungan menentang Wales. FOTO EPA
SESI latihan skuad Denmark menjelang pertembungan menentang Wales. FOTO EPA
Agensi

Amsterdam: Wales sudah bersedia sepenuhnya untuk turun berdepan Denmark pada pusingan kedua Euro 2020 di Amsterdam.

Denmark adalah pilihan dan mendapat banyak sokongan yang diilhamkan oleh pemain tengah Christian Eriksen yang kini dalam proses pemulihan daripada serangan jantung.

Namun Wales mempunyai sejarah mereka sendiri, mara ke pusingan kalah mati di tiga final kejohanan utama.

"Kami sudah bersedia untuk berperang kerana ia akan menjadi satu pertempuran," kata jurulatih sementara Robert Page.

"Masa sudah tamat. Sarung tangan sudah tiada. Kami berada di pusingan kalah mati. Kami sudah bersedia sepenuhnya."

Selepas tewas kepada Brazil di suku akhir Piala Dunia 1958, Wales terpaksa menunggu 58 tahun untuk membuat penampilan di kejohanan utama.

Mereka mengakhiri badi dengan cara luar biasa di Euro 2016, apabila mara hingga ke separuh akhir.

Ia sentiasa dilihat satu tindakan sukar untuk diulangi namun layak ke Euro 2020 - mara ke pusingan kalah mati, adalah pencapaian yang tidak akan dilepaskan oleh Wales.

"Rasanya berbeza. Kami tidak mempunyai penyokong di dalam stadium yang mana ia begitu mengecewakan," kata kapten pasukan, Gareth Bale satu daripada bintang yang menyinar di Perancis lima tahun lalu.

"Apa yang kami boleh lakukan apabila masuk ke padang, fokus terhadap diri sendiri, fokus terhadap strategi perlawanan dan cuba beri yang terbaik kepada diri sendiri."

Dengan pengalaman Bale di Euro 2016 - perlawanan pusingan kedua menentang Denmark adalah pencapaian terbaik buat Page.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Jun 2021 @ 7:41 AM