NEYMAR (kiri) meraikan jaringan bersama Mbappe. FOTO AFP
NEYMAR (kiri) meraikan jaringan bersama Mbappe. FOTO AFP
AFP

Paris: Kylian Mbappe and Neymar kedua-duanya berjaya meledak hatrik ketika Paris St Germain (PSG) berjaya menumbangkan Clermont 6-1 untuk menghampiri kejuaraan Ligue 1.

Mbappe, yang masih belum membuat keputusan sama dia akan kekal di PSG, meledak dua gol dan melakukan tiga hantaran menghasilkan jaringan hujung minggu lalu ketika mereka mengalahkan Lorient 5-1.

Dalam aksi terbaru ini dia sekali lagi melakukan hantaran menghasilkan jaringan dan meraih penalti tatkala dia melonjak ke tangga teratas sebagai penjaring terbanyak Ligue 1 dengan 20 gol.

Mauricio Pochettino sekarang ini 15 mata mengatasi pasukan tempat kedua, Rennes dan kelihatan pasti untuk merangkul semula gelaran dengan hanya berbaki tujuh perlawanan.

Clermont kekal di tempat ke-17, hanya satu mata di depan Saint-Etienne yang menduduki tempat play-off penyingkiran.

PSG hanya memberi tumpuan kepada Ligue 1 sahaja selepas disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Real Madrid, tetapi mempamerkan aksi mengagumkan dua kali berturut-turut dengan Mbappe, Neymar dan Lionel Messi berada pada prestasi yang baik.

Kombinasi Messi-Neymar-Mbappe? Masalahnya ialah ramai orang tidak mendengar, sejak awal musim kami mengatakan bahawa ia memerlukan masa untuk mewujudkan persefahaman antara mereka, bukan sahaja di atas padang tetapi juga di bilik persalinan," kata Pochettino.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2022 @ 2:18 PM