MBAPPE (kiri) menjalani latihan bersama Messi. FOTO AFP
MBAPPE (kiri) menjalani latihan bersama Messi. FOTO AFP
AFP

Paris: Kylian Mbappe kekal tenang dan tidak terganggu dengan spekulasi berterusan berhubung masa depannya, kata jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino.

"Kylian tenang. Dia pemain kami dan saya tidak melihatnya berada di tempat lain musim ini," kata Pochettino pada sidang media menjelang pertemuan dengan Brest di saingan Ligue 1.

Mbappe, 22, hanya berbaki kontrak setahun lagi di PSG dan dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Spekulasi itu semakin meningkat sejak ketibaan Lionel Messi di PSG.

Di Madrid, Mbappe menjadi tatapan muka depan akhbar harian sukan Marca dan AS dengan Real berharap dapat menandatangani pemenang Piala Dunia 2018 itu sebelum berakhirnya jendela perpindahan pemain 31 Ogos ini.

"Ini adalah sebahagian daripada bola sepak," kata Pochettino mengenai jendela perpindahan pemain.

"Kylian sedang bersedia untuk perlawanan esok. Satu-satunya perbincangan saya dengan Kylian adalah mengenai bola sepak.

"Dia masih berbaki kontrak setahun jika tidak memperbaharuinya. Kami gembira dengannya dan daripada apa yang saya lihat, dia juga gembira bersama kami."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 10:59 PM