REAKSI pemain Inter,  Arturo Vidal selepas terlepas peluang meledak jaringan ketika menentang Atalanta.
REAKSI pemain Inter, Arturo Vidal selepas terlepas peluang meledak jaringan ketika menentang Atalanta.
AFP

Milan: Hajat Inter Milan meraih kemenangan kesembilan berturut-turut musnah selepas hanya seri 0-0 dengan Atalanta awal pagi tadi sekali gus memberi peluang kepada AC Milan untuk merampas kedudukan selaku pendahulu Serie A.

Dalam aksi sengit di Bergamo, kedua-dua pasukan gagal mendapatkan gol walaupun memperolehi beberapa peluang terbaik dengan penjaga gol Juan Musso dan Samir Handanovic tangkas mengawal gawang masing-masing.

Skuad Simone Inzaghi, Inter masih kekal di puncak tetapi Milan yang hanya dua mata di belakang akan memintas juara bertahan itu jika menewaskan Spezia di San Siro awal pagi esok.

"Untuk mendapat satu mata dalam aksi seperti ini adalah bagus. Kami mempunyai peluang tetapi mereka juga begitu, jadi saya fikir ia keputusan yang tepat," kata Handanovic.

Atalanta kekal lapan mata di belakang dan berada di tempa keempat tetapi boleh berbangga dengan persembahan mereka selepas beraksi tanpa beberapa pemain utama yang cedera atau dijangkiti Covid-19.

Mereka satu mata di belakang Napoli yang menduduki tangga ketiga dan akan menentang Bologna Isnin ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 9:20 AM