Pemain Atalanta, Remo Freuler menghalang pemain Udinese, Rolando Mandragora (kiri) pada aksi Serie A Itali. FOTO EPA.
Pemain Atalanta, Remo Freuler menghalang pemain Udinese, Rolando Mandragora (kiri) pada aksi Serie A Itali. FOTO EPA.
Reuters

ATALANTA mencerahkan peluang beraksi di Liga Juara-Juara apabila jaringan lewat menerusi penalti Marten De Roon dan jaringan Mario Pasalic memastikan kemenangan, 2-0 ke atas Udinese dalam saingan Serie A, awal pagi ini.

Skuad yang berpangkalan di Bergamo, tidak pernah layak beraksi dalam saingan kompetitif wakil kelab-kelab Eropah sebelum ini, melonjak ke tempat keempat dengan 59 mata, satu mata di depan AS Roma berbaki empat perlawanan liga.

Mengekori rapat Torino dan AC Milan (56) serta Lazio (55) yang menjadikan saingan menarik untuk tempat ke empat.

Atalanta tanpa kehadiran penyerang Josip Ilicic dan dikecewakan dengan persembahan cemerlang Udinese sepanjang satu jam perlawanan berlangsung sebelum berjaya mengucar kacirkan pertahanan lawan di hujung aksi perlawanan.

Pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan dua peluang menjaringkan gol ketika penjaga gol Udinese, Juan Musso berjaya menyelamatkan percubaan Alejandro Gomez.

Begitu juga rembatan pemain lawan Rodrigo de Paul yang gagal memecah kebuntuan jaringan.

Kebuntuan menjaringkan gol akhirnya hadir ketika kira-kira lapan minit baki perlawanan apabila Andrea Masiello yang cuba melepasi pemain Brazil, Sandro menyebabkan dia terjatuh.

Walaupun asakan itu tidak begitu keras namun pengadil memberikan penalti dan disempurnakan pemain Belanda, De Roon.

Pemain dari Croatia, Pasalic memastikan kemenangan pasukan tiga minit kemudian menerusi rembatan pada jarak 20 meter melepasi jangkauan Musso.

Udinese kekal di kedudukan ke 17, satu tangga dan empat mata memisahkan pasukan itu daripada zon penyingkiran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 7:49 AM