Gasperini memberi arahan kepada pemainnya. FOTO Agensi
Gasperini memberi arahan kepada pemainnya. FOTO Agensi
AFP

GIAN Piero Gasperini menyeru Atalanta untuk merampas kedudukan kedua dalam Serie A sekali gus memberikan amaran kepada lawan suku akhir Liga Juara-Juara, Paris Saint-Germain.

"Kami mahir dalam menentukan tempat kami, kedudukan kedua hanya bergantung penuh kepada kami," kata Gasperini menjelang perlawanan berdepan Parma awal pagi esok serta perlawanan terakhir saingan liga menentang Inter Milan di Bergamo, minggu depan.

"Penutup kejuaraan dengan impak besar mungkin menjadi cara terbaik untuk berhadapan PSG."

Atalanta mara ke saingan lapan terakhir Liga Juara-Juara pada penampilan pertama mereka dengan aksi pusingan akhir akan berlangsung di Portugal bulan depan.

Skuad The Bergamo sudah memastikan tempat beraksi pada kejohanan elit Eropah itu musim depan dan mensasarkan kedudukan kedua dalam liga buat pertama kali dalam sejarah kelab berkenaan selepas penamat di tempat ketiga pada musim lalu.

Juventus sudah mengesahkan kejuaraan trofi Serie A buat kali kesembilan tetapi tiga pasukan masih bersaing untuk kedudukan kedua - Inter Milan, Atalanta dan Lazio.

Atalanta dan Lazio hanya satu mata di belakang skuad Inter kendalian Antonio Conte.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 10:42 AM