JPNP A muncul juara kejohanan boling Piala KPPSM 2024 di Kuantan Premium Lanes. FOTO MOHD RAFI MAMAT
JPNP A muncul juara kejohanan boling Piala KPPSM 2024 di Kuantan Premium Lanes. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Pasukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) A yang melakukan 1,892 jatuhan pin keseluruhan dinobat selaku juara kejohanan boling merebut Piala Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) 2024 di Kuantan Premium Lanes, di sini, hari ini.

Tempat kedua berpihak pada pasukan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) yang melakukan 1,875 jatuhan pin dan tangga ketiga milik Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) yang mengumpul 1,845 jatuhan pin.

Kejohanan kali pertama diperkenalkan anjuran bersama Majlis Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (MAKSPER) dan Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (PEKSJAP) disertai lebih 100 pemain yang bersaing dalam kategori berpasukan membabitkan empat pemain termasuk seorang wanita.

Selaku juara JPNP yang diketuai pemain berpengalaman Norshazlee Roslee membariskan empat pemain termasuk seorang wanita membawa pulang piala pusingan, hadiah iringan, medal dan wang tunai RM500.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM), Datuk Mohd Ridza Awang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 7:33 PM