PENJAGA gol Juventus, Gianluigi Buffon (tiga dari kiri) bersembang dengan staf pasukan ketika menanti kehadiran Napoli. FOTO AFP
PENJAGA gol Juventus, Gianluigi Buffon (tiga dari kiri) bersembang dengan staf pasukan ketika menanti kehadiran Napoli. FOTO AFP
AFP

Milan: Napoli berisiko dikenakan hukuman kalah 0-3 kerana tidak beraksi menentang penyandang Serie A, Juventus kerana perbalahan mengenai protokol Covid-19 di Itali.

Keputusan itu membolehkan Atalanta dan AC Milan melonjak ke persada Serie A mengatasi Inter Milan yang hanya seri di Lazio.

Skuad kendalian Gennaro Gattuso, Napoli mengungguli tangga teratas liga sebelum saingan hujung minggu dengan dua kemenangan ketika mereka memburu gelaran Serie A kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

Bagaimanapun, ujian positif Covid-19 terhadap Eljif Elmas dan Piotr Zielinski memaksa pasukan dari selatan itu melakukan pengasingan mengikut peraturan pihak berkuasa di wilayah Campania.

Liga Serie A menegaskan bahawa protokol kesihatan sudah dipenuhi bagi keselamatan perlawanan yang akan berlangsung di Turin.

"(Presiden Napoli, Aurelio) De Laurentiis meminta saya menunda perlawanan itu, saya membalas bahawa ada peraturan perlu diikuti. Menang 3-0? saya lebih suka menang di padang," kata Presiden Juve, Andrea Agnelli.

Nasib Napoli kini bergantung kepada mesyuarat liga Itali yang akan berlangsung esok.

Naib juara Serie A musim lalul, Inter hanya mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan Lazio di Rome tatkala kedua-dua pasukan terpaksa kehilangan seorang pemain.

Atalanta berada di tangga teratas liga dengan mengumpul mata maksimum, sembilan mata bersama AC Milan.

Atalanta membelasah Cagliari 5-2 dalam aksi pertama di Bergamo musim ini, menyaksikan mereka mengumpul 13 gol selepas tiga perlawanan.

Atalanta crushed Cagliari 5-2 in their first game in Bergamo this season, bringing their tally to 13 goals in three games played.

AC Milan pula tidak berdepan masalah mengalahkan pendatang baru Serie A, Spezia 3-0 mengekalkan rekod tanpa kalah mereka selepas 15 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2020 @ 12:12 PM