TANG Jie (kanan) dan Ee Wei teruskan aksi cemerlang. FOTO AFP
TANG Jie (kanan) dan Ee Wei teruskan aksi cemerlang. FOTO AFP
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei antara sembilan wakil negara yang berjaya mara ke pusingan kedua Terbuka Hong Kong hari ini.

Tang Jie-Ee Wei bagaimanapun terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan beregu India, Reddy Sumeeth-Ashwini Ponnappa dalam pertarungan tiga set.

Mereka yang kini menghuni ranking kesembilan dunia, pencapaian tertinggi dalam karier mereka setakat ini, memerlukan masa 55 minit untuk menang 21-16, 16-21. 21-18 ke atas Reddy-Ashwini.

Menanti Tang Jie-Ee Wei di pusingan kedua adalah pasangan China, Guo Xin Wa-Wei Ya Xin yang menewaskan beregu negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See 21-15, 21-5.

Mengiringi Tang Jie-Ee Wei dalam acara beregu campuran adalah Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Kian Meng-Pei Jing menundukkan pilihan ketujuh dari Jepun, Kyohei Yamashita-Naru Shinoya 21-15, 21-17 manakala Soon Huat-Shevon menang ke atas satu lagi wakil Jepun, Yuki Kaneko-Masaki Matsutomo 21-14, 21-9.

Sementara itu dalam acara perseorangan lelaki, Ng Tze Yong tidak berdepan masalah menunjukkan jalan keluar kepada pemain Taiwan, Chou Tien Chen selepas menang 21-15, 21-19.

Turut mara adalah bekas juara remaja Asia 2017, Leong Jun Hao yang mengecewakan wakil Taiwan, Lin Chun-Yi 22-20, 21-15.

Manakala Goh Jin Wei terpaksa diheret dalam pertarungan tiga set sebelum menundukkan Line Hojmark Kjaersfeldt dari Denmark 23-25, 21-13, 21-14.

Manakala Anna Ching-Teoh Mei Xing akan berdepan satu lagi beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah di pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing di pusingan pertama.

Dalam aksi beregu lelaki Goh Sze Feri-Nur Izzuddin Rumsani mendapat kemenangan percuma selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri berikutan tahap kesihatan Wooi Yik yang masih belum pulih sepenuhnya daripada deman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2023 @ 9:27 PM